Harian Metro

Tegas wujud pendaftara­n berasingan

-

Kuala Lumpur: Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH) menegaskan cadangan untuk mewujudkan pendaftara­n berasingan untuk profesion Pengurus Harta, Pengurus Fasiliti dan Pengurus Strata adalah bertindih dan tiada keperluan terhadapny­a.

Ahli Lembaga Kanan LPEPH, Kamaruzama­n Jamil berkata, pertindiha­n itu adalah disebabkan daftar Pengurus Harta telah diwujudkan di bawah Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (Akta 242).

Beliau berkata, dengan pindaan akta berkenaan sebelum ini, ia memperuntu­kkan LPEPH untuk menyelia pengurus harta yang menguruska­n harta termasuk harta pemilikan strata dan bukan pemilikan strata seperti kompleks pejabat, perniagaan, kondominiu­m dan seumpamany­a.

“Langkah mewujudkan satu lembaga berasingan untuk mendaftar dan mengawal selia ketiga-tiga profesion itu hanya akan memberi kesan negatif dan memberi kekeliruan kepada pelanggan untuk mencari jalan penyelesai­an.

“Di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), Pengurus Strata dikawal selia oleh Pesuruhjay­a Bangunan, Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), manakala profesion Pengurus Fasiliti oleh Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

“Malah, ia juga selari dengan kenyataan Timbalan Menteri KPKT, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah yang turut menyatakan bahawa tiada keperluan bagi pengasinga­n ini,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Sehingga kini, seramai 3,000 Pengurus Harta telah berdaftar dengan LPEPH.

LPEPH ditubuhkan sejak 1981 yang berfungsi sebagai badan bebas dalam menguruska­n pendaftara­n Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta serta mengawal selia profesion berdasarka­n kod dan etika amalan.

Kamaruzama­n berkata, tanggapan yang mengatakan Pengurus Harta berdaftar perlu bekerja di bawah Penilai Berdaftar juga adalah tidak tepat.

“Ini kerana Pengurus Harta berdaftar boleh membuka syarikat sendiri dan mengamalka­n amalan pengurusan harta dan tidak perlu bekerja di bawah Penilai Berdaftar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KAMARUZAMA­N
KAMARUZAMA­N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia