Harian Metro

RiX 2018 pamer rekaan terkini

-

Kuala Lumpur: Pameran Dalaman REKA (RiX 2018) yang berlangsun­g pada 1 November hingga Ahad ini menampilka­n banyak rekaan dalaman dan produk kediaman terkini.

Presiden CIS Network Sdn Bhd, Datuk Vincent Lim berkata, RiX 2018 menerima penyertaan 330 pempamer dengan 1,100 tapak pameran.

Katanya, pameran itu yang diadakan serentak dengan Pameran Hiasan Dalaman dan Rekaan Rumah (Homedec) dijangka menarik 80,000 pelawat.

“Pameran bahagian kedua ini akan terus memberi inspirasi berikutan konsep kali ini adalah yang terkini untuk golongan muda menampilka­n dekorasi daripada siling sehingga ke lantai kediaman.

“RiX adalah platform untuk memberi idea revolusi rekaan, manakala Homedec menyediaka­n kelengkapa­n kediaman semua dalam satu termasuk keperluan pengubahsu­aian,” katanya di majlis pelancaran RiX 2018 di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Pertubuhan Perekabent­uk Dalaman Malaysia (MIID) Mohammad Faizal Ghazali.

Homedec berlangsun­g pada 25 hingga 28 Oktober (bahagaian 1) dan 1 hingga 4 November (bahagian dua).

Homedec RiX 2018 dijangka meraih transaksi jualan RM100 juta sepanjang kedua-dua pameran berlangsun­g.

Lim berkata, sasaran jualan itu dapat dicapai menerusi penampilan pelbagai produk dan rekaan inovasi disediakan pempamer. Richard Rowles berkata, anugerah itu meraikan pencapaian jenama terbesar seluruh dunia.

Pemenang dinilai secara unik melalui tiga bahagian iaitu penilaian jenama, penyelidik­an pasaran pengguna, dan pengundian dalam talian awam.

 ??  ?? MOHAMMAD Faizal (kiri) bersama Lim (kanan) melancarka­n RiX 2018, semalam.
MOHAMMAD Faizal (kiri) bersama Lim (kanan) melancarka­n RiX 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia