Harian Metro

Upah pengasuh di hujung jari

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

Kiddocare, aplikasi khidmat tempahan penjaga kanak-kanak komited melatih dan menggalakk­an wanita menceburi kerjaya bidang penjagaan kanak-kanak di negara ini.

Pengasas Bersama Kiddocare, Nadira Yusof berkata, aplikasi Kiddocare menjadi pilihan kepada ibu bapa serta wanita bekerjaya yang ingin mendapatka­n khidmat penjagaan kanak-kanak.

Katanya, ia membantu golongan wanita menjana pendapatan sebagai penjaga kanak-kanak dengan bayaran sekitar RM18 sejam.

“Untuk menjadi ahli atau penjaga kanak-kanak di bawah Kiddocare adalah mudah iaitu hanya perlu mendaftar bersama kami sebelum melalui beberapa ujian khusus.

“Antaranya saringan latar belakang, kesihatan dan ujian psikometri­k supaya mereka benar-benar layak kerana khidmat ini perlu menitik beratkan segala aspek penting.

“Mereka perlu melalui program pentauliah­an profesiona­l yang digariskan Kiddocare dengan usaha sama badan penyelaras­an berkaitan sebelum menawarkan perkhidmat­an jagaan,” katanya di sini, baru-baru ini.

Setakat ini, Kiddocare mempunyai 800 penjaga kanak-kanak berdaftar dan sehingga kini, 190 berjaya menamatkan latihan khusus bagi penjagaan kanak-kanak.

Nadira berkata, dengan aplikasi ini, wanita tidak perlu risau untuk kembali bekerja atau memilih menceburi bidang keusahawan­an kerana mereka boleh menempah penjaga kanak-kanak yang dipercayai di hujung jari.

“Ibu bapa boleh mendapatka­n khidmat penjaga bagi bayi dan kanak-kanak berumur seawal tujuh bulan sehingga 12 tahun.

“Apa yang penting, ketika tempoh penjagaan kami akan memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan selamat serta mengikut rutin harian biasa dilaluinya,” katanya.

Mengulas

lanjut, Nadira berkata, setakat ini, perkhidmat­an penjaga kanak-kanak itu hanya di sekitar Lembah Klang dan merancang meluaskann­ya ke lokasi lain.

“Menjelang hujung tahun ini, kami berharap dapat meneroka pasaran di Negeri Sembilan dan Melaka dengan keperluan sekitar 50 penjaga kanak-kanak setiap negeri.

“Seterusnya ialah Johor, Kedah dan Perak yang mendapat permintaan luar biasa menjadikan ia peluang terbaik untuk ditembusi,” katanya.

„ Aplikasi Kiddocare mudahkan ibu bapa bekerjaya dapatkan khidmat penjagaan anak

 ??  ?? NADIRA (kanan) bersama pengasas
bersama Muhaini Mahmud menunjukka­n
aplikasi Kiddocare.
NADIRA (kanan) bersama pengasas bersama Muhaini Mahmud menunjukka­n aplikasi Kiddocare.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia