Harian Metro

MENU JIJIK TUTUP JENAYAH

- Agensi

„ Pemilik restoran vegetarian bunuh, hidang daging pelanggan tetap selepas pertengkar­an

Seorang pemilik restoran vegetarian membunuh dan memotong mayat pelanggann­ya selepas satu pertengkar­an sebelum memasukkan dagingnya dalam hidangan dijualnya.

Pelanggan yang makan di restoran berkenaan membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana tidak berpuas hati dihidangka­n daging sedangkan makanan dijual di situ sepatutnya hanya sayuran.

Namun lebih memualkan lagi apabila siasatan pihak berkuasa di situ kemudian mendapati ia bukan daging babi atau lembu, sebaliknya milik manusia, lapor Daily Mail.

Pihak berkuasa yang menyiasat premis itu mendapati dinding dapur restoran itu dikotori kesan percikan darah selain ketulan daging di lantai.

Polis kemudian menemui mayat mereput lelaki berusia 61 tahun di dalam tangki najis, namun pemilik restoran itu sudah menghilang­kan diri.

Mayat itu dikenal pasti sebagai pelanggan tetap restoran terbabit, Prasit Inpathom.

Dia dilaporkan kali terakhir dilihat minum di situ bersama abangnya pada 21 Oktober lalu.

Menurut media tempatan, Prasit terbabit dalam pertengkar­an mulut dengan pemilik restoran itu.

Pergaduhan itu menjadi semakin panas hingga menyebabka­n mangsa mati dipercayai akibat dihentak dengan benda tumpul serta ditikam enam kali di perut dan kaki.

Polis mengesyaki suspek cuba menghapusk­an mayat itu dengan mengisarny­a dan menghidang­kan dagingnya kepada pelanggan.

Namun, tidak diketahui sama ada pelanggan termakan daging itu dalam hidangan. dalam keadaan cedera dan nyahhidrat teruk oleh pekerja lebuh raya yang melihat pagar yang rosak dirempuhny­a.

Selepas menemui kereta mangsa, mereka menjejak kesan tapak kaki wanita itu sebelum menemuinya dalam keadaan sedar dan meringkuk atas tanah kira-kira 450 meter dari keretanya. Agensi

 ??  ?? POLIS Thailand menemui mayat selepas pelanggan restoran vegetarian membuat aduan ada daging di dalam mi mereka. - Daily Mail
POLIS Thailand menemui mayat selepas pelanggan restoran vegetarian membuat aduan ada daging di dalam mi mereka. - Daily Mail
 ??  ?? POLIS yang melakukan pemeriksaa­n menemui kesan percikan darah pada dinding dapur dan ketulan daging di lantai. - Daily Mail
POLIS yang melakukan pemeriksaa­n menemui kesan percikan darah pada dinding dapur dan ketulan daging di lantai. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia