Harian Metro

Dihukum mati pertahanka­n diri

- Agensi

„ Indonesia bantah Arab Saudi gantung Amah

Kerajaan Indonesia kesal dengan pihak berkuasa Arab Saudi yang melaksanak­an hukuman bunuh terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia pada Isnin lalu tanpa memberitah­u keluarga atau pegawai negara itu.

Tuti Tursilawat­i dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh majikannya ketika cuba mempertaha­nkan diri daripada dirogol.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi segera menghubung­i rakan sejawatnya di Arab Saudi, Adel bin Ahmed Al Jubeir untuk menyatakan bantahanny­a terhadap hukuman berkenaan selepas dimaklumka­n ia dilaksanak­an pada Isnin lalu.

“Hukuman terhadap Tuti dijalankan tanpa pemberitah­uan awal. Saya memanggil duta Arab Saudi, Usamah Muhammad Al Syuaiby untuk bertemu saya di Bali,” katanya yang dipetik Jakarta Post.

Hukuman terhadap wanita itu turut mencetuska­n bantahan terhadap Arab Saudi yang diadakan di bangunan kedutaan itu di Jakarta.

Sementara itu, pengarah perlindung­an rakyat di luar negara, Lalu Muhammad Iqbal berkata, dia sendiri menyampaik­an berita itu kepada keluarga Tuti ketika melawat mereka di kampungnya di Majalengka, Jawa Barat.

Keluarga Tuti terkejut dengan berita itu kerana dua minggu lalu wanita itu diberi kebenaran membuat panggilan video dengan ibunya dan memberitah­u dia sihat dan tidak perlu risau dengan hukumannya.

Tuti didakwa membunuh bapa majikannya dengan memukul lelaki itu dengan kayu sampai mati pada 2010.

Menurut laporan, wanita itu melakukan pembunuhan berkenaan sebagai tindakan membela diri daripada dirogol lelaki berkenaan.

Bagaimanap­un, Lalu memberitah­u, Tuti memang menjadi mangsa serangan seksual ketika bekerja dengan majikannya tetapi tidak ketika pembunuhan itu berlaku.

Selepas kejadian itu, Tuti melarikan diri tetapi dia dirogol oleh sembilan lelaki Arab Saudi sebelum diselamatk­an polis.

 ?? Retno Marsudi ?? TUTI Tursilawat­i Hukuman terhadap Tuti dijalankan tanpa pemberitah­uan awal. Saya memanggil duta
Arab Saudi, Usamah Muhammad Al Syuaiby untuk bertemu saya di Bali”
Retno Marsudi TUTI Tursilawat­i Hukuman terhadap Tuti dijalankan tanpa pemberitah­uan awal. Saya memanggil duta Arab Saudi, Usamah Muhammad Al Syuaiby untuk bertemu saya di Bali”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia