Harian Metro

Buang bayi dalam cenuram berang tak dapat anak lelaki

-

Beijing: Kecewa tidak dapat anak lelaki, seorang lelaki sanggup bertindak kejam membuang bayi perempuann­ya dari cenuram hanya selepas enam jam dia dilahirkan di hospital di Gaozhou, wilayah Guangdong, China.

Bagaimanap­un, bayi yang dibungkus di dalam guni itu bernasib baik apabila ditemui bernyawa selepas 12 jam apabila jatuh di atas ranting kayu sebelum dibawa keluar oleh anggota penyelamat.

Kejadian itu disedari selepas Pusat Kesihatan Magui membuat panggilan polis melaporkan mengenai kehilangan bayi itu di hospital berkenaan, lapor Gaozhou Television.

Polis yang melakukan siasatan kemudian mengesyaki ia perbuatan bapa bayi berkenaan, dikenali sebagai Li.

Laporan yang dipetik polis daerah Magui berkata, lelaki itu akhirnya mengaku menyumbat bayinya ke dalam guni dan melemparka­nnya dari tebing di kawasan pedalaman kerana kecewa harapan untuk memiliki anak lelaki tidak tercapai.

Polis segera mengetuai usaha pencarian bayi terbabit di cenuram itu bersama anggota penyelamat dan sukarelawa­n.

Mereka kemudian terdengar bunyi tangisan bayi dan menemui mangsa kira-kira 30 meter dari lokasi dia dicampak oleh bapanya.

Satu video yang tular menunjukka­n seorang jururawat dan doktor mengeluark­an bayi itu dari guni dan memeriksan­ya sebelum dibawa ke hospital selain bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius.

Netizen yang melihat video itu di laman Weibo turut mengecam perbuatan tidak berperikem­anusiaan itu.

“Kejamnya! Ini satu cubaan membunuh! Dia tidak layak menjadi bapa,” kata seorang netizen.

“Sepatutnya bapa kejam ini yang dicampak dari cenuram!,” kata seorang lagi netizen.

Dia kini dilaporkan berada di dalam keadaan sihat dan dijaga oleh ibunya, manakala bapanya ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Li memberitah­u polis dia kecewa apabila mendapati anak keempatnya itu seorang bayi perempuan selain dua anak perempuan dan seorang lelaki.

Katanya, keluarga mereka amat miskin dan dia tertekan dengan masalah kewangan. - Agensi

 ??  ?? DOKTOR dan jururawat memeriksa keadaan bayi perempuan yang dicampak oleh bapanya. - Agensi
DOKTOR dan jururawat memeriksa keadaan bayi perempuan yang dicampak oleh bapanya. - Agensi
 ??  ?? BAYI perempuan comel yang dicampak oleh bapanya dari cenuram kerana kecewa tidak dapat anak lelaki. - Agensi
BAYI perempuan comel yang dicampak oleh bapanya dari cenuram kerana kecewa tidak dapat anak lelaki. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia