Harian Metro

Siasat fenomena bayi lahir tanpa tangan Iklan cetus kemarahan

-

Paris: Perancis melancarka­n siasatan di seluruh negara terhadap fenomena puluhan bayi dilahirkan tanpa tangan di beberapa kawasan pedalaman sejak 2000 selepas banyak kes baharu dilaporkan minggu ini, kata Menteri Kesihatann­ya, semalam.

Satu siasatan berasingan turut dibuka terhadap laporan bahawa banyak anak lembu dan mungkin ayam dilahirkan tanpa kaki di tiga kawasan pertanian sama, kata pegawai kepada Reuters.

Agensi kesihatan awam, Sante Publique berkata, ia mengenal pasti 11 kes baharu bayi lahir tanpa tangan antara 2000 hingga 2014 di kawasan Ain, timur Perancis berhampira­n sempadan Switzerlan­d dengan tujuh kes dilaporkan antara 2009 hingga 2014.

Kes kelahiran cacat turut dilaporkan di dua kawasan di barat Perancis, empat di Morbihan dan Brittany antara 2011 hingga 2013, tiga di wilayah jiran Loire-Atlantique pada 2007 hingga 2008. Jarak Ain dan Morbihan adalah beberapa ratus kilometer.

Semua laporan itu mencetuska­n kebimbanga­n kepada penduduk Perancis bahawa ada toksik dalam makanan, air atau udara yang menjadi penyebab.

“Saya mahu tahu, saya rasa seluruh Perancis mahu tahu. Ia mungkin faktor alam sekitar. Mungkin ia kerana apa yang wanita makan, minum atau udara dihirup,” kata Menteri Kesihatan, Agnes Buzyn. - Reuters

Model terkenal Israel, Bar Refaeli mencetuska­n kemarahan dalam satu video iklan mempromosi­kan koleksi pakaian jenama Hoodies dengan membuka niqab disertakan kenyataan ‘Kebebasan sesuatu yang asas.’

Mail Online melaporkan, iklan mempromosi­kan koleksi pakaian musim sejuk jenama pakaian Israel itu dilancarka­n di YouTube pada Isnin lalu dan dikongsi di akaun Instagram Refaeli yang mempunyai 2.7 juta pengikut, lapor Daily Mail.

Selepas dikecam hebat, Bar memadamkan video berkenaan tetapi ia masih ditayangka­n YouTube syarikat itu.

Dalam video berkenaan, Bar dilihat memakai niqab sebelum membukanya dan menayangka­n rambutnya.

Dia kemudian menari mengikut rentak muzik dengan lirik berbunyi “Semuanya mengenai kebebasan, akhirnya rantai itu dipecahkan untuk mendapatka­n kebebasan saya.”

Video itu mencetuska­n pelbagai reaksi di Twitter dengan seorang pengguna berkata: “Ini iklan paling bongkak dan rasis yang pernah saya tonton. Saya tidak percaya syarikat itu meluluskan­nya.”

Ada juga netizen mencemuh iklan itu sebagai hipokrit kerana hak kebebasan termasuk untuk memilih sama ada mahu menutup aurat atau sebaliknya.

Laman Facebook Nas Daily ketika mengkritik iklan itu berkata: “Adakah mereka mencadangk­an berpakaian separuh bogel saja satu

„ Model Israel dikecam kerana aksi buka niqab untuk promosi pakaian

kebebasan? Sedangkan seorang wanita juga bebas memilih menutup auratnya.”

Bagaimanap­un, seorang pengguna menarik perhatian kepada wanita di Iran yang kini membuka niqab mereka dan menari di jalanan sebagai tanda protes dipaksa memakainya di negara itu, seterusnya iklan Bar itu dilihat memberi sokongan kepada mereka.

 ??  ??
 ??  ?? BAR dilihat memakai niqab dalam iklan itu. - Agensi
BAR dilihat mencabut niqab dalam iklan itu. - Agensi
BAR dilihat memakai niqab dalam iklan itu. - Agensi BAR dilihat mencabut niqab dalam iklan itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia