Harian Metro

PENYANYI ‘DEMAND’ TAK MASUK AKAL

-

Memang tidak dinafikan penyanyi ini memiliki vokal yang hebat.

Tidak hairanlah dia mampu bertahan sampai sekarang.

Namun, kata rakan SS, penyanyi ini khabarnya sangat ‘demand’ dan meletakkan harga tinggi dalam setiap persembaha­n.

Malah, ramai penganjur yang takut untuk mengundang­nya dalam majlis atau acara amal kerana bimbang tidak mampu untuk membayar penyanyi terbabit.

SS harap penyanyi itu mempertimb­angkan menurunkan harga yang ditetapkan untuk persembaha­n kerana ia juga sumber pendapatan­nya dalam bidang seni. Dalam keadaan ramai orang berjimat dan mengawal bajet, SS percaya lebih baik penyanyi itu meletakkan harga yang setimpal.

Pada masa sama, dia juga boleh bertemu dengan peminat terutama golongan korporat yang sentiasa dahagakan persembaha­n eksklusifn­ya itu.

SS: Tidak suka berurusan dengan artis ‘demand’ Ini cerita seorang pengurus artis popular tanah air. Jika nak diikutkan, pengurus artis ini sudah lama menguruska­n karier artis terbabit sampai sekarang.

Namun, kata rakan SS, artis ini suka memberi arahan pada pihak media mengenai soalan yang mahu ditanya pada artisnya.

Belum pun sidang akhbar bermula, pengurus itu sudah meletakkan syarat soalan peribadi atau kisah cinta tidak boleh ditanya pada artis terbabit.

Kata rakan SS, pihak media bengang dengan sikap pengurus artis itu. Sedangkan artis terbabit tidak kisah pun ditanya apa saja soalan termasuk cerita sensasi.

Bagi SS pula, semoga pengurus artis terbabit membuang sikap buruknya itu demi menjaga hubungan dengan pihak media.

Tidak perlu dia meletakkan syarat sedemikian pada soalan yang mahu ditanya kerana setiap pihak media ada cerita yang mahu diketengah­kan dalam akhbar mereka.

SS Tidak suka pengurus artis yang lebih sudu dari kuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia