Harian Metro

MISI PERTAHAN EMAS

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

„ Nazmizan saran Khairul timba ilmu di luar negara

Bekas pelari pecut negara Nazmizan Mohamad menyaranka­n supaya atlet pecut negara dihantar berlatih dan mendalami ilmu di luar negara jika mahu menguasai acara itu di rantau ini.

Misi mempertaha­nkan

(gambar)

pingat emas dalam acara pecut 100 meter (m) yang dipegang oleh Khairul Hafiz Jantan pada temasya Sukan SEA di Manila tahun depan pasti sukar jika langkah drastik tidak diambil bagi meningkatk­an prestasi atlet negara.

Nazmizan yang pernah berkelana ke Amerika Syarikat berkata, cabaran buat Khairul Hafiz nanti bukan mudah dengan kehadiran ramai pelari berbakat terutama di Asia Tenggara antaranya juara remaja dunia dari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri yang mencatat masa 10.18 saat (s).

Justeru, Majlis Sukan negara (MSN) perlu bertindak segera untuk memastikan percaturan emas itu masih kekal menjadi milik negara tahun depan.

“Kita mempunyai rakan kenalan yang boleh membantu atlet pecut negara ketika di sana (Amerika Syarikat). Gunakanlah segala peluang itu untuk membantu barisan pelari pecut negara,” kata Nazmizan.

“Hantar sekarang jika tidak mahu gigit jari nanti. Kita tidak boleh hanya membiarkan saja atlet pecut negara terutama kuartet 4x100m negara yang berbakat terperuk di sini saja.

“Di Amerika itu ramai pesaing. Ramai yang mampu berlari bawah 10s. Itu yang akan boleh mendorong Khairul Hafiz dan rakan yang lain lebih ke depan nanti.”

Biarpun latihan di luar negara pernah diusulkan sebelum ini dengan memilih Kelab Santa Monica, MSN tampil dengan alasan yang tersendiri dengan mengatakan keadaan treknya tidak sesuai untuk atlet.

Kelab Santa Monica sebelum ini menjadi pilihan kerana pernah melahirkan Carl Lewis, atlet pecut AS yang pernah memenangi sembilan pingat emas dan satu perak Sukan Olimpik.

Namun tegas Nazmizan, trek Santa Monica tidak boleh dijadikan alasan memandangk­an pelajar universiti di AS pun mampu berlari sekitar 10s. Apa yang diperlukan oleh atlet negara adalah persaingan sengit.

Pada Sukan SEA Kuala Lumpur lalu, Khairul Hafiz mencatat 10.38s untuk meraih emas dan menewaskan juara bertahan, Eric Cray dari Filipina yang menduduki tempat kedua dengan catatan 10.43s, berkongsi masa dengan atlet Thailand, Kritsada Namsuwu.

 ?? Nazmizan Mohamad ?? Kita mempunyai rakan kenalan yang boleh membantu atlet pecut negara ketika di sana (Amerika Syarikat). Gunakanlah segala peluang itu untuk membantu barisan pelari pecut negara”
Nazmizan Mohamad Kita mempunyai rakan kenalan yang boleh membantu atlet pecut negara ketika di sana (Amerika Syarikat). Gunakanlah segala peluang itu untuk membantu barisan pelari pecut negara”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia