Harian Metro

Berkobar kejar mata

- Fadhli Ishak dan Sukhairi Thani sukanteam@nstp.com.my

„ Abdullah optimis Hafizh mampu pintas Morbidelli

Bapa kepada pelumba MotoGP negara Hafizh Syahrin Abdullah, Abdullah Harun mahu anaknya terus mengejar impian bergelar pelumba muka baharu terbaik kelas berkenaan, dengan sokongan padu rakyat Malaysia bakal diterima anaknya di Grand Prix

(GP) Malaysia di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), mulai hari ini.

Hafizh ketika ini ketinggala­n 12 mata dalam carta muka baharu terbaik di belakang pendahulu dari Itali, Franco Morbidelli dan pelumba Monster Yamaha Tech3 itu hanya mempunyai baki dua pusingan musim - di GP Malaysia dan Valencia bagi mengejar impiannya.

“Saya harap dia dapat kumpul mata sebanyak mungkin untuk mengejar impian dia menjadi pelumba muka baharu terbaik. Saya harap peminat motosikal tempatan dapat memberi sokongan kepada pelumba Malaysia nanti,” kata Abdullah.

“Dia amat mengimpika­n gelaran muka baharu terbaik. Itu yang membuatkan dia bersemanga­t lebih untuk mengejar impiannya. Sekarang ketinggala­n 12 mata. Itu yang dia kejar dan dia akan kejar apa yang diimpikann­ya sebelum ini.”

Selain Hafizh yang beraksi dalam kelas perdana MotoGP, skuad negara musim ini lengkap menyertai ketiga-tiga kelas dipertandi­ngkan dengan dibarisi pelumba IDEMITSU Honda Team Asia, Khairul Idham Pawi (kelas Moto2) dan Adam Norrodin, Moto3 (PETRONAS Sprinta Racing).

Sementara itu, ramalan cuaca di Litar Antarabang­sa Sepang pada minggu ini dilaporkan hujan dan sekiranya tepat, ia secara tidak langsung menyediaka­n cabaran baharu buat Hafizh sendiri.

Abdullah berkata, anaknya yang diberi gelaran ‘Pescao’ itu kini lebih selesa beraksi di atas permukaan trek kering namun percaya dia mampu memberikan persembaha­n yang baik seandainya hujan membasahi litar Sepang.

“Daripada situasi ketika ini, dia berminat dengan litar kering tetapi sekiranya ditakdirka­n hujan, dia akan cuba sebaik mungkin untuk rakyat Malaysia,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia