Harian Metro

Rossi buru kedudukan kedua di GP Malaysia

-

Sepang: Legenda hebat MotoGP, Valentino Rossi berharap dapat bangkit daripada perlumbaan mengecewak­an di Phillip Island minggu lalu untuk terus mencerahka­n peluangnya menamatkan kejuaraan di tangga kedua di Grand Prix (GP) Malaysia yang membuka tirainya, hari ini.

Pelumba Itali itu tidak meletakkan Sirkit Sepang sebagai trek kegemarann­ya tetapi dia menikmati beberapa kejayaan di Malaysia, memenangi enam perlumbaan pada edisi 2001, 2003, 2004, 2006, 2008 dan 2010.

Malah Rossi juga harus berada pada tahap terbaiknya bagi menyaingi seterunya dari Ducati, Andrea Dovizioso, yang ketika ini berada di tangga kedua keseluruha­n dengan 210 mata.

Rossi yang menamatkan perlumbaan di tangga keenam di Australia, ketika ini ketinggala­n 15 mata di tangga ketiga.

Pelumba Sepanyol, Marc Marquez (Repsol

Honda) sudah pun menjamin kejuaraan dalam kelas MotoGP di Motegi.

“Malangnya di Australia, saya tercicir mata penting untuk kejuaraan dan saya sangat kecewa mengenainy­a. Namun, saya gembira dengan kemenangan Maverick (Vinales) dan buat Yamaha,” kata

Rossi.

“Sekarang, kami perlu memburu tumpuan kepada perlumbaan ketiga (berturut-turut) dan ia adalah penting untuk meraih minggu yang bagus.

“Kami harus terus berusaha keras kerana kami perlu kompetitif dalam setiap perlumbaan. Sepang bukanlah trek kegemaran tetapi kami akan sentiasa cuba yang terbaik untuk mendapatka­n keputusan terbaik.”

Perlumbaan di Motegi (21 Oktober), Phillip Island (28 Oktober) dan Sepang (4 November) berlangsun­g selang seminggu tanpa sebarang rehat.

Rakan sepasukann­ya di Movistar Yamaha, Vinales menamatkan kemarau 24 perlumbaan tanpa kemenangan buat pengeluar dari Jepun itu di Phillip Island.

Rossi yang secara jelas menyatakan betapa Yamaha perlu mempamerka­n peningkata­n, menamatkan saingan di podium sebanyak lima kali musim ini. Kali terakhir kejuaraan yang diraihnya adalah di Assen, tahun lalu.

 ?? HAFIZ SOHAIMI ?? HAFIZH bersama peminat MotoGP di Teh Tarik Session di NZ KLCC, malam kelmarin.
HAFIZ SOHAIMI HAFIZH bersama peminat MotoGP di Teh Tarik Session di NZ KLCC, malam kelmarin.
 ??  ?? ROSSI
MARQUEZ
ROSSI MARQUEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia