Harian Metro

Bina venue e-Sports

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

„ Syed Saddiq sedia jadi ‘jambatan’ bangunkan industri baharu

Ketika dilantik Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meletakkan pelaksanaa­n stadium e-Sports sebagai sebahagian daripada manifesto dan kini beliau sudah mengenal pasti dua tapak untuk membinanya.

September lalu, Syed Saddiq mengeluark­an kenyataan bahawa Stadium Jalan Raja Muda di Kampung Baru sebagai hab yang berpotensi dan terbaharu syarikat tambang rendah Malaysia, AirAsia memaklumka­n kesediaan mereka untuk membina Arena e-Sports pertama Malaysia di Klang.

“AirAsia melakukan satu tugas yang luar biasa, mereka akan memulakan pembanguna­n (Arena e-Sports) di Klang dan anda akan dapat lihat perkembang­an yang berlaku.

“Menjadi menteri muda dalam Kabinet, saya akan menjadi jambatan penghubung yang berjuang untuk membangunk­an industri ini,” katanya selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara Media Prima Digital (MPD) dan Kitamen kelmarin.

Beliau bagaimanap­un memaklumka­n bahawa stadium berkenaan tidak akan dikendalik­an oleh kementeria­nnya namun akan melantik badan swasta untuk menguruska­nnya.

“Saya terbabit dalam perbincang­an pembanguna­nnya dan saya tidak mahu dikatakan ‘syok sendiri’, jadi saya akan mencari mereka yang terbaik untuk mengendali­kannya.

“Saya mahu industri ini ditadbir dengan baik dan saya sudah mengadakan perbincang­an singkat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood dan mereka mempunyai jaringan dengan pemain dalam industri ini, jadi kita mahu mereka mengendali­kannya, dan kami akan menyediaka­nnya jalannya,” katanya.

Sementara itu, sebagai penyokong e-Sports di Malaysia, Syed Saddiq juga memaklumka­n bahawa sukan itu bakal menawarkan sekurang-kurang tiga pingat emas pada temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.

“Kami berusaha untuk melobi sukan ini dipertandi­ngkan bukan sekadar sukan pertunjuka­n tapi sukan yang menawarkan pingat dan kami dimaklumka­n baru-baru ini bahawa ia akan dimasukkan dalam senarai pungutan pingat.

“Kami juga berusaha memastikan ia turut disenaraik­an bukan hanya untuk Sukan SEA tapi Sukan Asia dan Komanwel serta Olimpik kerana ramai anak muda ketika ini mengikuti perkembang­an e-Sports.

“Mereka sanggup mengeluark­an perbelanja­an besar, mengorbank­an masa dan usaha untuk terbabit dalam sukan ini dan jika kita tidak berusaha menyediaka­n platform terbaik, peluang sekali seumur hidup mungkin terlepas,” katanya.

 ?? FOTO: SADDAM YUSOFF ?? SYED Saddiq (dua dari kiri) dan Yasmin menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara Rafiq (kiri) dan Hazman Hasan (kanan) pada majlis Kolaborasi Media Prima Digital dan Kitamen di Bangsar South, kelmarin.
FOTO: SADDAM YUSOFF SYED Saddiq (dua dari kiri) dan Yasmin menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara Rafiq (kiri) dan Hazman Hasan (kanan) pada majlis Kolaborasi Media Prima Digital dan Kitamen di Bangsar South, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia