Harian Metro

Solari lulus ujian awal J

- AFP

urulatih sementara Real Madrid, Santiago Solari mendapat suntikan semangat apabila juara Eropah itu mudah menewaskan kelab liga bawahan, Melilla dalam aksi Copa del Rey, semalam.

Jaringan Karim Benzema, Marco Asensio, Alvaro Odriozola dan Cristo Gonzalez membolehka­n juara 19 kali itu menang 4-0 dalam kunjungan pertama mereka ke kelab kerdil itu.

Solari yang sebelum ini mengendali­kan skuad simpanan Real, Castilla B dilantik menjadi jurulatih sementara selepas Julen Lopetegui dipecat hanya selepas 139 hari mengendali­kan Galacticos.

Kekalahan memalukan 1-5 dalam aksi Clasico menentang Barcelona menyebabka­n Presiden Real Florentino Perez hilang sabar apatah lagi Real mengalami kemerosota­n prestasi dalam 32 perlawanan terakhir.

“Dalam masa sukar, kami bergerak dalam arah yang sama,” kata Solari.

“Kami mempunyai skuad besar yang tahu apa perlu dilakukan.”

Melilla mungkin bukan lawan sehebat Barca atau Manchester City, tetapi aksi Real tetap mengundang pujian dan aksi pemain remaja Brazil, Vinicius Junior turut mencuri tumpuan.

Selepas mempamerka­n aksi hebat dalam skuad Castilla, pemain remaja berusia 18 tahun itu diserapkan dalam skuad utama dan tidak mengecewak­an dalam penampilan pertamanya bersama Real.

Solari pula berkata, beliau sedia menjadi jurulatih jangka panjang buat Real dan perlawanan pertamanya mungkin boleh membuka mata pengurusan Real.

Solari dari

Argentina yang beraksi untuk Real dari 2000 hingga 2005 dijangka kekal mengendali­kan pasukan untuk aksi

La Liga menentang

Real Valladolid di tempat sendiri pada

Sabtu ini dan menentang Viktoria

Plzen dalam aksi

Liga Juara-Juara minggu depan.

Madrid sebelum ini berminat mendapatka­n bekas jurulatih

Chelsea dan

Juventus

Antonio Conte, tetapi rundingan menemui jalan buntu. Selain itu, pengurus Belgium Roberto Martinez dan bekas pemain tengah Real, Guti turut dikaitkan dengan jawatan itu.

Jika Solari berjaya meneruskan momentum kemenangan, peluang untuknya menjadi jurulatih sepenuh masa adalah cerah, sekali gus mengikuti jejak langkah bekas jurulatih Castilla, Zinedine Zidane yang mempunyai rekod cemerlang di Bernabeu.

„ Pengendali sementara Galacticos pacu kemenangan mudah Real benam Melilla

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia