Harian Metro

Umum perkembang­an program setiap tiga bulan: Hamidin

-

Pelan Hala Tuju F:30 menjadi agenda utama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan perkembang­an program akan diumumkan kepada umum setiap tiga bulan.

Presidenny­a, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaska­n perkembang­an program itu akan sentiasa dipantau oleh ahli majlis yang dilantik bagi memastikan ia sentiasa mengikut perancanga­n dan berada pada laluan tepat.

“Kita sudah melantik dua Naib Presiden, Datuk Ab Ghani Hassan dan Mohd Joehari Ayub; Pengarah Teknikal, Peter de Roo; Setiausaha Agung, Stuart Ramalingam dan seorang lagi individu untuk memantau program ini.

“Tidak ada gunanya jika ada hala tuju tetapi kita tidak mengikutin­ya. Jadi setiap tiga bulan, kita akan membentang­kan perkembang­annya dalam mesyuarat dan di laman sesawang hinggalah 2030,” kata Hamidin pada sidang media selepas majlis pelancaran

F:30 di ibu negara, kelmarin.

Mengulas lanjut kerjasama yang dituntut oleh FAM kepada ahli gabunganny­a, Hamidin optimis semua ahli gabunganny­a akan membantu badan induk itu dalam merealisas­ikan misi yang disasarkan.

“Hala tuju ini memang penting buat kita jika kita mahu meningkatk­an tahap bola sepak kita. Tetapi saya rasa kita tidak akan berdepan masalah dengan sokongan daripada ahli gabungan.

“Saya akan berjumpa semua presiden ahli gabungan pada 12 November ini,” katanya.

Terdahulu, F:30 yang dilancarka­n kelmarin adalah Peta Hala Tuju FAM dalam tempoh 12 tahun dan antara inti patinya ialah menetapkan Harimau Malaya kembali ‘mengaum’ sebagai antara lima negara terbaik Asia menjelang 2030.

Peta hala tuju itu terbahagi kepada tiga pelan strategik merangkumi fasa pertama (2019-2022) untuk membina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertanding­an, pembanguna­n modal insan dan infrastruk­tur, disusuli fasa kedua (2023-2026) untuk mencapai peringkat Asia.

Fasa ketiga

(2027-2030) pula bertujuan melahirkan pasukan kebangsaan yang bertaraf dunia.

“Peta hala tuju yang dinamakan F:30 itu bukan sekadar angan-angan atau perancanga­n syok sendiri!” kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam

(gambar).

Malah beliau percaya F:30 yang dilancarka­n kelmarin mampu membuahkan hasil memandangk­an ia realistik dan boleh dilaksanak­an.

Katanya, pelan empat tahun bagi setiap fasa yang sudah ditentukan dalam F:30 itu juga relevan memandangk­an mereka meletakkan penanda aras di penghujung fasa sebelum memulakan fasa seterusnya.

“Perancanga­n ini akan berjaya kerana kalau kita lihat, ia realistik dengan perancanga­nnya yang boleh dinilai dan sasaran yang sedia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia