Harian Metro

Tak kisah belanja besar

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

„ MFL tetap teruskan penubuhan Badan Bebas Pengadil

Meskipun terpaksa berbelanja jutaan ringgit, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberi jaminan Badan Bebas Pengadil tetap akan ditubuhkan menjelang kempen Liga Malaysia (Liga-M) tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam

berkata, pihaknya kini melihat penstruktu­ran badan bebas itu termasuk melantik seorang pengurus besar yang turut akan bertanggun­gjawab dalam pemilihan dua pengadil luar negara.

“Memang untuk menubuhkan badan berkenaan menelan kos besar kerana kita bukan saja mengikat kontrak dengan pengadil profesiona­l sepenuh masa tapi beberapa perkara lain seperti sistem analisis perlawanan dan pendidikan pengadil tetapi jurulatih kecergasan pengadil juga kita perlu ada.

“Tapi walaupun belanja besar, perkara ini tetap akan kita laksanakan pada 2019 mengikut kemampuan dan bajet kita, kita tidak akan tunggu,” katanya ketika dihubungi Sukan NSTP, semalam.

Sebelum ini, Pengerusi MFL Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumka­n

(gambar)

akan menubuhkan Badan Bebas Pengadil dalam usaha meningkatk­an mutu pengadilan yang ketika ini terus menjadi kritikan pelbagai pihak.

Antara perkara yang dirancang adalah menawarkan kontrak pengadil profesiona­l sepenuh masa dan juga pengadil luar negara.

“Kontrak pengadil profesiona­l sepenuh masa ini akan ditawarkan kepada pengadil yang bertugas dalam Liga Super dan Liga Perdana termasuk penolong pengadil. Tapi tak semua pengadil boleh terus layak menjadi pengadil profesiona­l kerana ada juga yang semi-pro atau separuh masa.

“Siapa pengadil yang akan ditawarkan ini termasuk dua pengadil luar negara itu hanya akan diputuskan menerusi pemilihan sendiri pengurus besar itu nanti,” kata Kevin.

Ketika ditanya mengenai 25 pengadil baharu yang dihantar ke Jepun antara Disember dan Januari tahun depan, Kevin berkata, pengadil berkenaan masih memerlukan pendedahan sebelum bergelar profesiona­l.

“Pemilihan 25 pengadil baharu ini dibuat oleh Jabatan Pengadil FAM yang berurusan terus dengan pihak Jepun dan ia mendapat sokongan penuh Tunku Ismail. Tapi adakah pengadil ini akan terus menjadi pengadil profesiona­l bergantung kepada perkembang­an mereka selepas ini,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia