Harian Metro

Akhyar kembali sertai Harimau Malaya

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

menyokong idea Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menubuhkan Badan Bebas Pengadil susulan kontrovers­i final Piala Malaysia antara Terengganu dan Perak, Sabtu lalu.

“Saya menyokong idea yang dibangkitk­an oleh Tunku Ismail. Ia membabitka­n perlawanan berprofil tinggi dan jika ia memerlukan khidmat pengadil luar maka kita akan menggunaka­nnya.

(gambar)

Kuala Lumpur: Penyerang muda Akhyar Rashid

percaya mampu kembali ke tahap terbaik untuk membantu Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF yang akan disingkap tirainya minggu depan meskipun kudratnya diperah habis-habisan sepanjang musim ini.

Selain beraksi bersama Kedah dalam kempen Liga Malaysia (Liga-M), pemain berusia 19 tahun itu turut beraksi bersama skuad bawah 23 (B-23) tahun pada Kejohanan AFC di China Januari lalu, Sukan Asia di Jakarta (Ogos), Kejohanan AFF B-19 di Indonesia (Julai), Kejohanan AFC B-19 di Indonesia (Oktober) serta beberapa perlawanan bersama skuad senior tahun ini.

Selepas selesai tugasan bersama skuad B-19, Akhyar kini kembali menyertai skuad Harimau Malaya dan mula menjalani latihan Rabu lalu.

“Saya baru memulakan latihan dengan skuad kebangsaan kerana sebelum ini saya diberi cuti selepas selesai Kejohanan AFC di Indonesia. Saya harap dapat beri persembaha­n terbaik untuk pasukan,” katanya.

Ketika saingan Kejohanan AFC di Indonesia, Akhyar berdepan dengan masalah kecergasan sehingga tidak berada dalam kesebelasa­n utama dalam perlawanan awal.

Pemain kelahiran Alor Setar ini mengakui mengalami sedikit kekejangan otot namun percaya masalah itu dapat diatasi dengan rehat yang cukup.

“Kadang-kadang saya alami kejang otot, namun

(gambar)

apa yang penting saya cukup rehat dan kena buat lebih latihan kecergasan bagi kempen Piala AFF,” kata Akhyar.

Akhyar yang menjaringk­an gol pertama dalam penampilan pertamanya bersama skuad kebangsaan ketika menentang Mongolia pada aksi persahabat­an 22 Mac lalu bakal berdepan ujian terakhir menentang memastikan insiden seperti ini tidak berulang lagi.”

Aksi final itu berkesudah­an Perak muncul juara Maldives Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum mengharung­i kempen Piala AFF menentang Kemboja di laman lawan, Khamis depan.

Bagaimanap­un, dia perlu bersaing hebat untuk berada dalam kesebelasa­n utama bersama pemain senior lain seperti Syazwan Zainon, Norshahrul Idlan Talaha dan

Syazwan Andik. Piala Malaysia buat kali kelapan selepas menang menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 selepas terikat 3-3 dengan Terengganu selepas tamat masa

tambahan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia