Harian Metro

Syed Saddiq sokong idea Tunku Ismail

-

“Kita tak perlu sombong (mengenai isu itu) dan perlu merendah diri. Saya bersetuju dengan Tunku Ismail kerana beliau mempunyai kepakaran dalam bola sepak,” katanya ketika hadir menyaksika­n majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MoU) antara Media Prima Digital dan Kitamen di Bangsar South, kelmarin.

Aksi final antara Terengganu dan Perak di Stadium Shah Alam jelas mencuri tumpuan sejak Sabtu lalu susulan beberapa keputusan kontrovers­i pengadil, Suresh Jayaraman yang dikritik bukan sahaja pemain dan pengurusan kedua-dua pasukan tetapi juga orang ramai.

Malah Tunku Ismail pada malam perlawanan itu turut membidas Suresh dengan menyifatka­n mutu pengadilan­nya teruk.

“Pengadil final Piala Malaysia hari ini teruk. Saya tidak pernah melihat dia dan saya terkejut mengapa dia dipilih untuk final,” kata Tunku Ismail dalam Twitternya.

Sementara itu, Syed Saddiq mengakui menerima banyak pertanyaan berhubung tindakan melampau pemain import Perak, Leandro dos Santos dan Wander Luiz ketika meraikan jaringan sendiri pertahanan Terengganu FC, Igor Zonjic untuk mengheret aksi final itu ke penentuan penalti.

“Saya berada di sana ketika perlawanan akhir berlangsun­g di Stadium Shah Alam. Dalam setiap sukan apa saja boleh berlaku dan ia bukan tugas menteri tetapi persatuan untuk memastikan ia tidak berlaku sekali lagi di Malaysia.

“Kita perlu menghormat­i antara satu sama lain untuk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia