Harian Metro

Kepuasan jadi pemandu pelancong

-

Selain sumber pendapatan, Farhana seronok

dapat temui selebriti Korea Selatan

untuk pergi ke konsert hiburan.

“Pengalaman bertuah buat saya apabila berpeluang bekerja sambil berhibur di konsert diadakan di sini apabila saya juga boleh menemui selebriti Korea Selatan yang sukar untuk saya jika bersendiri­an.

“Sebenarnya menjadi pemandu arah memberi peluang untuk ‘melancong’ sekali bersama pelanggan di tempat yang tidak puas saya kunjungi sebelum ini.

“Pekerjaan ini tidak hanya memberi kepuasan tetapi pulangan berbaloi hingga saya dapat menampung perbelanja­an pengajian secara keseluruha­nnya.

“Dalam sebulan saya boleh mendapat lebih RM1,200 hasil membantu pelancong yang datang melancong ke sini,” kata gadis yang turut meminati muzik KPop.

Mempunyai kemahiran berbahasa Korea memudahkan urusan pengajian dan kerjanya di sana, namun dia tidak terlepas daripada cabaran berada di negara orang, antaranya berdepan pelanggan yang mempunyai permintaan lebih daripada bayaran dikenakan serta tidak mengikut seperti yang dijanjikan.

Demi mengelak kerugian besar, dia yang turut dibantu empat rakannya itu hanya akan menempah tempat penginapan selepas menerima separuh daripada bayaran pelanggan.

Walaupun tuntutan pengajian kadangkala membataska­n kerjayanya ini, Farhana bijak mengurus masa dengan cara bergilirgi­lir mengikut kelapangan masa yang ada di antara empat orang rakannya itu untuk menjadi pemandu arah.

Dia yang berhasrat memiliki agensi pelanconga­n mempunyai minat mendalam terhadap penterjema­han bahasa direalisas­ikan dengan menjadi pemandu arah dan bahasa ibunda negara itu perlu dikuasai sepenuhnya.

 ??  ?? BERSAMA rombongan pelancong di bawah
kendaliann­ya.
BERSAMA rombongan pelancong di bawah kendaliann­ya.
 ??  ?? FARHANA (depan) bersama pelancong di dalam kenderaan awam Korea
FARHANA (depan) bersama pelancong di dalam kenderaan awam Korea
 ??  ?? PELANCONG di bawa ke tempat
menarik di Korea Selatan.
PELANCONG di bawa ke tempat menarik di Korea Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia