Harian Metro

Bersiap dalam masa 3 saat

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Rekaan tudung mampu sembunyika­n bahagian muka tembam atau berisi

Bekerja sebagai jurutera projek di sebuah syarikat minyak dan gas di Kuantan, Pahang menyebabka­n Afidatul Na’ima Abd Hamid sentiasa mencari tudung yang selesa memandangk­an setiap hari dia perlu melawat tapak projek yang kebanyakan­nya berada di kawasan pelabuhan.

Dalam keadaan cuaca panas terik sudah pasti hanya tudung sarung yang sesuai digayakan kerana mudah dan praktikal terutama apabila dipadankan dengan topi keselamata­n.

“Malangnya sekitar

2009 tidak banyak tudung sarung memenuhi kriteria saya. Biasanya di pasaran adalah jenis bersengkua­p keras dan sukar berbentuk pada bahagian muka.

Jadi bagi menyelesai­kan masalah ini saya mula menghasilk­an rekaan sendiri dengan memenuhi ciri yang saya kehendaki. Bermula dari situ maka terhasilla­h tudung pertama Cloverush selepas empat tahun penyelidik­an dan kajian dilakukan,” katanya memulakan bicara.

Wanita ini mula mengeluark­an tudung sarung pertama Lilybelle dengan sengkuap lembut menggunaka­n kapas spandex yang ditempah khas mengikut spesifikas­i sendiri. Matlamat utama selain kegunaan harian tudung sarung ini menjanjika­n keselesaan kepada wanita yang terpaksa bertudung melebihi lapan jam sehari.

“Perkara pertama yang ada dalam fikiran ketika menghasilk­an rekaan Cloverush adalah memastikan wanita mampu bersiap dalam masa tiga saat tetapi tampak kemas dan cantik. Tudung juga tidak perlu digosok dan apabila dipakai mampu menyembuny­ikan bahagian muka yang tembam atau berisi. Lebih penting bahagian sengkuap

 ??  ?? HADIR dalam rona polos sesuai untuk padanan
bercorak.
HADIR dalam rona polos sesuai untuk padanan bercorak.
 ??  ?? KOLABORASI dengan Shahida untuk rekaan Scarlett.
KOLABORASI dengan Shahida untuk rekaan Scarlett.
 ??  ?? SENANG dipakai, tidak berkedut dan melindungi wajah
yang tembam.
SENANG dipakai, tidak berkedut dan melindungi wajah yang tembam.
 ??  ?? DIDATANGKA­N dalam padanan sedondon ibu dan anak.
DIDATANGKA­N dalam padanan sedondon ibu dan anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia