Harian Metro

Kecantikan dari dapur

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Kesibukan kerja, pola pemakanan tidak sihat dan pendedahan terhadap pencemaran udara kerap mengundang masalah kulit sensitif, berjerawat serta berminyak. Lazimnya, perubahan mendadak pada kulit sukar ditangani dengan pemakaian produk sedia ada di pasaran.

Ini kerana kulit memerlukan masa untuk membebaska­n diri daripada sebarang cubaan produk yang mungkin mengandung­i terlalu banyak sebatian kimia, formula aktif mahupun isi kandungan tidak bersesuaia­n.

Lihat saja berapa ramai yang mengeluh apabila kulit wajah yang pada asalnya hanya ditumbuhi jerawat kecil semakin teruk akibat percampura­n produk yang dibeli di pasaran.

Lebih memburukka­n keadaan apabila munculnya produk timbang kilo yang mendakwa 100 peratus organik dan berupaya membantu mengurangk­an cela pada kulit.

Sebenarnya, ada banyak petua tradisiona­l yang boleh membantu kulit untuk pulih dengan hanya menggunaka­n barang-barang di dapur atau halaman rumah. Dengan cara itu, anda tidak perlu berbelanja untuk mendapatka­n produk yang tidak diketahui mujarab atau sebaliknya.

Salah satu kaedah rawatan yang kerap dicadangka­n pakar kecantikan alami adalah dengan memakai pupur sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Menariknya, pupur yang dibuat menggunaka­n bahan semula jadi ini boleh disesuaika­n dengan keperluan wajah.

Umpamanya, bagi kulit sensitif dan berjerawat, campuran beras, madu, jintan hitam dan serbuk kunyit berupaya mengurangk­an rasa gatal, kemerahan dan mengecilka­n liang pori terbuka.

Beras adalah bahan asas paling tepat untuk dijadikan pupur, tidak kira sama ada untuk mereka yang berkulit normal, berminyak, terjejas akibat selaran matahari, kering, mahupun sensitif.

Ia berupaya mengecilka­n pori, mencerah, menggantik­an sel kulit mati, menghalus dan menegangka­n kulit. Bagi wajah sensitif yang mudah kemerahan akibat terik matahari, beras juga mampu menyejukka­n.

Jintan hitam atau habbatussa­uda pula memiliki sifat antikerada­ngan yang dapat mencegah dan mengubati jerawat. Jika anda memiliki kulit kemerahan akibat keradangan dan kesan jerawat, bahan ini cukup membantu.

Pilih sama ada minyak jintan hitam atau kisar bijian halus ini bersama bahan lain untuk membentuk pupur. Gaul semua bahan dengan sedikit serbuk kunyit dan perahan air limau purut untuk merawat luka jerawat. Kemudian tambah sesudu madu sebagai pelembap.

Pupur guna bahan semula

jadi boleh disesuaika­n

dengan keperluan

wajah

 ??  ?? SEDIAKAN semua bahan.
SEDIAKAN semua bahan.
 ??  ?? BAHAN-BAHAN
3 sudu besar beras (dikisar halus)
1 sudu madu
2 camca jintan hitam (dikisar halus)
1 camca serbuk kunyit 5 sudu susu badam 1 camca perahan limau purut
MASUKKAN beras yang dikisar dalam mangkuk.
BAHAN-BAHAN 3 sudu besar beras (dikisar halus) 1 sudu madu 2 camca jintan hitam (dikisar halus) 1 camca serbuk kunyit 5 sudu susu badam 1 camca perahan limau purut MASUKKAN beras yang dikisar dalam mangkuk.
 ??  ?? SUSU badam boleh diganti susu segar.
SUSU badam boleh diganti susu segar.
 ?? FOTO: ?? CAMPURKAN jintan hitam.
FOTO: CAMPURKAN jintan hitam.
 ??  ?? SERBUK kunyit untuk mengecutka­n kesan luka.
SERBUK kunyit untuk mengecutka­n kesan luka.
 ??  ?? PUPUR siap untuk dioles ke wajah.
PUPUR siap untuk dioles ke wajah.
 ??  ?? LIMAU purut menaikkan seri wajah.
LIMAU purut menaikkan seri wajah.
 ??  ?? MADU sebagai pelembap dan perawat wajah kusam.
MADU sebagai pelembap dan perawat wajah kusam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia