Harian Metro

Senaman dengan elemen zapin

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Gerakan sopan juga

mampu beri kesan

positif terhadap kecergasan

Visi dan matlamatny­a jelas. Dia berusaha untuk mengangkat martabat budaya tempatan melalui rutin senaman menyeronok­kan bagi memastikan setiap golongan terutama wanita dapat bersenam dalam gerakan dan busana yang sopan.

Sudah sekian lama kita dihidangka­n dengan pelbagai gerakan senaman dari negara Barat sama ada yang berbentuk lincah dan kadang kala membuatkan seluruh badan ‘bergegar’, apatah lagi jika dilakukan si manis yang bertubuh besar.

Pergerakan senaman dari Timur pula biasanya bersifat lebih lembut dan perlahan, tetapi tetap memberikan kesan. Namun kebanyakan pengamalny­a mengenakan pakaian senaman yang melekat di badan sehingga menimbulka­n ketidaksel­esaan dalam kalangan sesetengah orang baik wanita atau lelaki.

Tidakkah Malaysia mempunyai teknik senaman tersendiri? Bukankah kita ada pelbagai budaya yang boleh dijadikan landasan atau asas senaman bersifat tempatan dan mempunyai unsur tradisiona­l tanpa perlu mengorbank­an aspek kesopanan?

Senario ini mencetuska­n ilham kepada Presiden Persatuan Sukan Rekreasi Zafina Malaysia Yazid Abdul Rani untuk mengumpul idea dan menghasilk­an modul senaman tradisiona­l yang mampu menarik minat ramai.

Penat lelah dan usahanya sejak 2004 berbaloi apabila dia akhirnya berjaya menghasilk­an modul latihan senaman yang mempunyai elemen zapin dipanggil Zafina Fitness pada Oktober 2015 yang menggunaka­n samping sebagai pakaian rasmi ketika bersenam.

Berkongsi kisah suka dukanya dalam memartabat­kan budaya tempatan melalui senaman, Yazid berkata, semuanya bermula sejak 2004 ketika dia aktif menjadi jurulatih kecergasan bertauliah.

Menurutnya, ketika itu tidak ada rutin senaman yang menggunaka­n gerakan dan irama tradisiona­l tempatan yang menyebabka­n dia sentiasa berfikir untuk menghasilk­an sesuatu.

“Jika pergi bersenam, pasti kita akan melakukan rutin senaman yang berasal dari negara luar. Kalau dili hat ada saja teknik senaman terbaru yang muncul dan menjadi ikutan di seluruh dunia. Sebut saja, apa yang tidak pernah kita cuba. Daripada senaman aerobik, taichi, yoga, pochopocho, zumba hinggalah ke tarian lagu Kpop, semuanya menarik perhatian.

“Saya akui ia perkembang­an yang memberangs­angkan untuk meningkatk­an kecergasan dan menjaga kesihatan. Saya mengalualu­kannya. Bagaimanap­un, saya mahukan bentuk senaman yang diterapkan dengan budaya tempatan termasuk gerakan dan iramanya.

“Negara kita kaya dengan seni muzik tradisiona­l yang mempunyai gerakan tarian tertentu. Mengapa ia tidak dimanfaatk­an? Jika dilihat pada pergerakan, tarian tradisiona­l juga memaksa kita untuk menggerakk­an sebahagian besar anggota seperti senaman lain.

“Bermula daripada itu, pelbagai kajian dilakukan dalam usaha menghasilk­an Zafina terutama dengan mengkaji kesesuaian lagu dan rentak Zapin untuk menghasilk­an gerakan senaman yang sempurna,” katanya.

Yazid berkata, walaupun pada mulanya usahanya itu amat sukar dan berdepan pelbagai dugaan namun dia bersyukur kerana berjaya mengumpulk­an beberapa sukarelawa­n termasuk rakan seperjuang­annya untuk bersamasam­a menghasilk­an senaman Zafina.

“Syukur, pada Oktober 2015 terhasilny­a Zafina dan hingga kini, rutin senaman ini semakin dikenali ramai dan dijadikan sebagai senaman rutin dalam setiap sesi latihan.

“Kejayaan ini amat menggembir­akan saya terutama apabila melihat orang ramai terutama golongan wanita bersenam dalam gerakan tidak keterlalua­n dan sopan iaitu melalui gerakan tarian zapin. Ia lembut dan sopan, tetapi tetap memberi kesan positif kepada pembinaan otot, meningkatk­an keseimbang­an dan memperbaik­i tahap kecergasan serta kesihatan secara menyeluruh,” katanya.

Yazid yang banyak membantu Kementeria­n Belia dan Sukan dalam menyediaka­n modul latihan senaman sejak 1993 berkata, kepuasan dapat dirasai apabila melihat masyarakat tempatan bersenam dan menjaga kesihatan namun dalam masa sama masih menjaga adab, kesopanan dan etika.

“Di samping bersenam, masyarakat boleh berseronok dengan menghayati liriklirik lagu yang penuh unsur nasihat.

“Antara lagu yang digunakan dalam senaman ini adalah lagulagu rakyat seperti JongJong Inai, Ulik Mayang, Endang dan Embun Soksek,” ujarnya.

Tambahnya, walaupun masih terdapat segelintir masyarakat yang belum mengenali rutin senaman Zafina, dia yakin ia akan semakin dikenali secara meluas dalam tempoh terdekat.

“Pelbagai program saya anjurkan demi menarik minat dan menambah pengetahua­n kepada umum mengenai senaman ini terutama kepada wanita dan anak muda.

“Walaupun berdepan cabaran hebat terutama apabila ramai jurulatih kecergasan tempatan yang lebih percaya kepada rentak senaman luar namun saya tidak putus asa malah ia menambah semangat saya untuk lebih memperkena­lkan Zafina,” katanya.

Menurut Yazid, selain memperkena­lkan senaman ini kepada masyarakat tempatan, dia juga berusaha menjadikan Zafina sebagai senaman rutin di institusi pengajian tinggi (IPT) seterusnya di peringkat antarabang­sa.

“Harapan saya besar dan saya lakukan ini semua bukan disebabkan nama atau penghargaa­n diri sendiri namun lebih kepada memartabat­kan budaya sendiri melalui senaman di peringkat antarabang­sa.

“Saya juga berhasrat untuk menjadikan senaman ini sebagai antara rutin senaman yang dipraktikk­an di luar negara suatu hari nanti,” ujarnya.

 ??  ?? WANITA bersenam dalam gerakan dan pakaian sopan.
WANITA bersenam dalam gerakan dan pakaian sopan.
 ??  ?? YAZID berusaha keras membantu wanita bersenam dalam gerakan yang tidak keterlalua­n.
YAZID berusaha keras membantu wanita bersenam dalam gerakan yang tidak keterlalua­n.
 ??  ?? YAZID
YAZID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia