Harian Metro

Gembirakan­lah ibu bapa

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tanyalah kepada mana-mana pasangan ibu bapa, tentu saja semuanya sanggup melakukan apa saja demi cahaya mata tercinta.

Sanggup berkorban nyawa, masa, tenaga dan wang dalam membesarka­n anak tersayang, penat lelah ditolak ke tepi asalkan anak dapat membesar dengan sebaiknya.

Ada yang sanggup berlapar asalkan anak cukup makan, ada pula yang rela menyarung pakaian lusuh demi mengumpul wang membelikan keperluan anak.

Ternyata pengorbana­n setiap ibu bapa perlu dikenang, walaupun tidak mengharapk­an sebarang balasan, tanggungja­wab sebagai anak perlu digalas sebaik mungkin terutama apabila anak meningkat dewasa.

Mengulas mengenai tanggungja­wab anak kepada ibu bapa, pakar motivasi Dr HM Tuah Iskandar berkata, tanggungja­wab terhadap ibu bapa tidak boleh dipandang ringan kerana ia membabitka­n dua individu paling berharga dalam kehidupan kita.

“Gunakan sebaik mungkin peluang dan ruang yang ada terutama apabila dua keramat hidup itu masih bernyawa. Walaupun tidak terbalas segala jasa dan pengorbana­n mereka, cubalah sedaya upaya memberikan kebahagiaa­n.

“Ini bukan soal wang kerana rata-rata ibu bapa terutama yang sudah berusia sebenarnya mengharapk­an perhatian dan kasih sayang tidak berbelah bagi daripada anak,” katanya.

Menurutnya, seperti semua sedia maklum, golongan berusia agak sensitif dan disebabkan itu cuba pendekatan yang lebih lembut.

“Apabila duduk bersama ibu bapa, duduklah dekatdekat kerana ia antara cara yang dapat membuatkan mereka rasa disayangi. Jika anda mahu mengucapka­n atau mengulas sesuatu perkara, pastikan mereka sudah berhenti bercakap dan jangan sesekali mencelah ketika mereka sedang berbicara.

“Dengar percakapan mereka dan sambutlah dengan perkataan yang menunjukka­n anda memberi perhatian kepada perbualan. Perkara ini nampak kecil dan remeh tetapi ia sangat penting serta memberi impak besar kepada perhubunga­n dengan ibu dan ayah. Ia juga akan membuatkan ibu dan ayah berasa dihargai.

“Usah sesekali menyalahka­n pendapat mereka walaupun sesetengah perkara itu bercanggah dengan pandangan anda. Sebaliknya, sabarlah dalam melayani ibu bapa seperti mana mereka sabar ketika menjaga kita sewaktu kecil,” ujarnya.

Katanya, sekiranya tidak tinggal bersama, keraplah bertanya khabar sekurangku­rangnya menghubung­i melalui panggilan telefon. Apabila berhubung melalui telefon, cubalah bersikap adil kepada ibu dan bapa. Jika kita berbual 10 minit dengan ibu, luangkan 10 minit juga untuk bapa.

Tidak dapat dinafikan kebanyakan anak lebih rapat dengan ibu dan biasanya akan mencari ibu setiap kali menghubung­i mereka. Ramai yang selesa dan boleh bersembang lama dengan ibu dan sekadar bertanya satu atau dua soalan kepada bapa, sedangkan dia juga mengharapk­an perhatian yang sama. Tanpa kita sedar, bapa berkecil hati dan terasa seperti dirinya tidak lagi diendahkan atau disayangi.

“Namun sebaikbaik­nya, luangkan masa sekerap mungkin pulang ke kampung kerana itu adalah langkah terbaik untuk memberikan kegembiraa­n kepada ibu bapa. Manfaatkan masa kita sebaik-baiknya sementara mereka masih ada, walaupun kita tidak tahu siapa yang akan ‘pergi’ dulu. Dengan meluangkan lebih banyak masa bersama ibu bapa, kita dapat mencipta kenangan indah yang sangat berharga dan tidak dapat dibeli.

“Dalam pada itu, biasakan diri meminta maaf walaupun tidak berbuat apa-apa kesalahan selain memohon doa daripada mereka. Diingatkan anak juga perlu mendoakan ibu bapa,” katanya.

Menurutnya, walaupun apa yang dikatakan ini agak klise dan hampir semua anak tahu akan tanggungja­wab masing-masing, dalam tidak sedar ramai yang masih mengabaika­n tanggungja­wab sebagai anak.

“Banyak cara mudah untuk menggembir­akan mereka (ibu bapa) kerana kasih sayang dan perhatian adalah perkara yang paling diharapkan.

“Jangan sesekali menganggap ibu bapa sebagai bebanan dan jaga mereka seikhlas mungkin demi mendapatka­n keberkatan dunia akhirat,” ujarnya.

TIP MENYANTUNI IBU BAPA

Jangan meninggi suara Walaupun kita tidak sependapat dengan ibu atau bapa, jangan sesekali meninggika­n suara, membentak atau bercakap dalam nada keras ketika sedang berbicara dengan

Dahulukan mereka Sebagaiman­a mereka mendahuluk­an anakanak sewaktu kecil, perkara itu juga perlu dilakukan si anak terhadap ibu bapa. Paling utama pastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik dan tidak salah untuk membelikan apa yang mereka inginkan sekiranya mampu. Jika tidak cukuplah sekadar mencurahka­n kasih sayang.

Guna peluang sebaik mungkin

sementara dua keramat hidup masih

bernyawa

Membantu tanpa diminta

Apabila melihat ibu bapa dalam kesusahan seperti mengangkat beban berat atau mengerjaka­n pekerjaan berat yang lain, segeralah membantu mereka tanpa diminta. Ingatlah usia mereka yang semakin meningkat dan kudrat tenaga yang sudah berkuranga­n.

Bawa buah tangan Ini bukan satu kemestian. Ibu bapa tidak pernah mengharapk­an anak-anaknya membawa buah tangan kerana kepulangan anak itu sendiri adalah satu hadiah buat mereka. Namun tidak salah jika anda membeli makanan, buah-buahan atau barang keperluan dapur setiap kali pulang ke rumah orang tua. Ia akan menjadi saat indah apabila barangan yang dibawa dinikmati bersama.

 ??  ?? . BALAS segala jasa dan pengorbana­n ibu bapa melalui kasih
sayang.
. BALAS segala jasa dan pengorbana­n ibu bapa melalui kasih sayang.
 ??  ?? Sabarlah dalam melayani ibu bapa seperti mana mereka sabar ketika menjaga kita sewaktu kecil
Sabarlah dalam melayani ibu bapa seperti mana mereka sabar ketika menjaga kita sewaktu kecil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia