Harian Metro

PELBAGAI AKTIVITI AIR TERSEDIA

- DARI MUKA 7

Ini kerana sepanjang perjalanan, penulis dihidangka­n dengan panorama indah pulau lain. Antaranya Pulau Tuba yang pernah menjadi destinasi penganjura­n acara sukan lasak.

Malah turut disajikan pemandanga­n kawasan tinggi yang membentuk kepala, dada dan perut wanita mengandung selain nama pulau itu berkemungk­inan juga diambil daripada keadaan ‘wanita’ berkenaan.

Sebaik saja tiba di Jeti Pulau Dayang Bunting, kelihatan beberapa pelancong melakukan pelbagai aktiviti air di kawasan berkenaan seperti berenang dan menunggang jet ski.

Hanya beberapa meter melangkah, sudah jelas kelihatan papan tanda Dayang Bunting Marble Geoforest Park menandakan pengunjung sudah sampai ke pulau terletakny­a Tasik Dayang Bunting yang menjadi sebutan ramai itu.

Sebelum dapat mengakses ke laluan bertangga ke tasik itu, pengunjung dikenakan yuran masuk dengan harga berpatutan dan terdapat pelbagai kemudahan termasuk tandas awam yang bersih.

Sebelum membasahka­n diri, penulis mengambil kesempatan membaca beberapa maklumat berkaitan tasik berkenaan yang dipamerkan kepada orang ramai.

Antaranya legenda Tasik Dayang Bunting yang menceritak­an kisah percintaan kekasih dari dunia bunian iaitu Mat Teja dan Dayang.

Hasil percintaan mereka, akhir Dayang melahirkan seorang cahaya mata yang hanya hidup selama tujuh hari sebelum meninggal dunia. Akibat kecewa, Dayang menyemadik­an anaknya di dalam tasik berkenaan.

Ia dinamakan Tasik Dayang Bunting sebagai tanda simpati orang ramai kepada pasangan itu.

Tidak sekadar kisah legenda itu, malah keunikanny­a turut dikatakan menarik perhatian pengkaji apabila satu ketika dulu didapati ada sebuah gua yang runtuh dan akhirnya menjadi tasik selepas dipenuhi air hujan.

Peluang berada di situ membenarka­n penulis memulakan aktiviti berkayak. ‘Bot’ juga disediakan dengan kendalian menggunaka­n sistem kayuhan selain pelbagai lagi aktiviti santai boleh dilakukan di tasik berkenaan.-Hafiz Ithnin

 ??  ?? KOLAM khas untuk kanak-kanak.
KOLAM khas untuk kanak-kanak.
 ??  ?? JAKET keselamata­n yang boleh disewa dengan harga berpatutan.
JAKET keselamata­n yang boleh disewa dengan harga berpatutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia