Harian Metro

Tarikan tasik buatan Putrajaya

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Putrajaya adalah destinasi pelanconga­n dalam bandar yang popular dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Apatah lagi tasik buatan seluas 650 hektar sememangny­a mempunyai aura tersendiri bagi menarik kehadiran ramai pengunjung untuk beriadah dan melakukan pelbagai aktiviti air.

Terletak di tengahteng­ah pusat pentadbira­n negara itu, tasik berkenaan juga dilihat sebagai salah satu ikon menceritak­an keunikan Putrajaya sebagai bandar moden yang di kelilingi alam semula jadi.

Oleh itu, tidak mustahil lokasinya sering menjadi destinasi penganjura­n pelbagai acara sukan air tempatan dan luar negara.

Perbadanan Putrajaya (PPj) melihat kemudahan sukan dan rekreasi termasuk Kompleks Sukan Air Putrajaya bertujuan memajukan lagi acara sukan seperti ski air dan ‘wakeboard.’

Menurut Naib Presiden Kanannya Datuk Omairi Hashim, pihaknya akan terus memberi tumpuan kepada aktiviti air di tasik berkenaan memandangk­an ia mempunyai pelbagai kemudahan untuk acara sukan dan aktiviti rekreasi kepada pengunjung biasa.

Antara aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan termasuk berkayak dan menaiki cruise mengelilin­gi tasik. Keduadua aktiviti itu sangat popular bagi membolehka­n pengunjung menikmati keindahan tasik buatan berkenaan.

“Bagi acara besar seperti kejohanan antarabang­sa, secara purata setahun terdapat kirakira dua atau tiga acara bertaraf dunia menjadikan Tasik Putrajaya sebagai destinasi pertanding­an.

“Bagi memastikan Tasik Putrajaya dalam keadaan baik dan sesuai untuk aktiviti beriadah atau sukan, kami membuat pemantauan serta memulihara kualiti airnya,” katanya.

Antara acara bertaraf antarabang­sa pernah diadakan di Tasik Putrajaya termasuk Oceanmam Malaysia, Sukan Sea: Aquatics (Open Water), Sukan Sea: Triathlon, 12KM Core Island Swimming dan Kelab Tasik Putrajaya Merdeka Night Swim.

Tidak sekadar menumpukan acara sukan bertaraf dunia, barubaru ini PPj turut menganjurk­an Karnival Komuniti dan Pesta Air Oxygenatio­n Putrajaya.

Dalam program berkenaan sebanyak 22 aktiviti diadakan untuk setiap lapisan umur. Antara yang menarik perhatian, Pertanding­an Perahu Panjang, berdayung dan berkayak yang disertai sejumlah 2,357 peserta terdiri daripada

Tempat tumpuan pelbagai

aktiviti rekreasi air termasuk

bertaraf

pelbagai persatuan, agensi kerajaan serta universiti.

Acara itu yang dirasmikan Menteri Wilayah Khalid Samad, dilihat antara program ikonik dan sosial positif yang dinantikan orang ramai.

“Gabungan dua acara ini memberi ruang berkesan kepada penyertaan dan pembanguna­n komuniti Putrajaya selain kesan positif kepada masyarakat setempat dari segi kesatuan serta memupuk semangat kekitaan.

“Tasik Putrajaya yang indah ini sewajarnya diman faatkan bukan saja kepada komuniti untuk beriadah dan berekreasi,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya berharap lebih banyak aktiviti air dan temasya sukan air dapat dianjurkan secara berterusan.

“Selain itu, besar harapan saya supaya acara sukan air berkenaan boleh dijadikan sebagai salah satu produk pelanconga­n sukan supaya Putrajaya dapat menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong,” katanya.

 ??  ?? AKTIVITI ‘flying fly board’ antara aktiviti popular diadakan.
TASIK Putrajaya menjadi destinasi acara sukan antarabang­sa.
AKTIVITI ‘flying fly board’ antara aktiviti popular diadakan. TASIK Putrajaya menjadi destinasi acara sukan antarabang­sa.
 ??  ?? MENJANJIKA­N pemandanga­n terbaik untuk melihat bandar
moden Putrajaya.
MENJANJIKA­N pemandanga­n terbaik untuk melihat bandar moden Putrajaya.
 ??  ?? AKTIVITI riadah sesuai untuk keluarga.
AKTIVITI riadah sesuai untuk keluarga.
 ??  ?? MENJADI destinasi berkayak yang popular.
MENJADI destinasi berkayak yang popular.
 ??  ?? LOKASI acara santai untuk penduduk setempat.
LOKASI acara santai untuk penduduk setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia