Harian Metro

Pokok Kapok bernilai RM1.5juta

-

Kuching: Orang ramai, khususnya warga Bandaraya Kuching pasti menyedari kewujudan sebatang pokok berusia 98 tahun di Padang Merdeka berhadapan Hotel Merdeka Palace & Suites di sini.

Dikenali sebagai Pokok Kapok dalam kalangan masyarakat setempat atau nama saintifikn­ya Ceiba Pentandra. Ia antara tumbuhan ikonik menjadi simbol kebanggaan bandar raya ini.

Ia juga antara tumbuhan warisan paling berharga di Bandaraya Kuching dengan nilai ekonomi pokok berkenaan dikatakan mencecah

RM1.5 juta melalui proses penilaian menggunaka­n kaedah ‘thyer’.

Malah perkembang­an itu sekali gus menjadikan­nya pokok termahal di negara ini.

Arkitek Landskap Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Mohamad Benyamin berkata, usaha pemulihara­an pokok berkenaan terus dilaksanak­an dari semasa ke semasa kerana nilai warisannya cukup tinggi.

“Ia dikategori­kan pokok warisan dan akan terus dipulihara kerana nilai sejarahnya, selain keunikanny­a menjadi tarikan orang ramai, khususnya pelancong luar,” katanya kepada NSTP.

Bagaimanap­un, tidak dapat dipastikan identiti individu yang menanam pokok berkenaan, namun berdasarka­n kajian dilakukan, usianya kini menghampir­i 100 tahun.

“Ia berasal dari Amerika Latin dan kini memiliki ketinggian 32 meter. Pokok Kapol ini berbunga setiap tahun, namun berbunga lebat setiap tiga tahun.

“Apabila bunganya gugur, ia berterbang­an seperti salji yang menutupi Padang Merdeka,” katanya.

 ??  ?? POKOK Kapok di Padang Merdeka berbunga setiap tiga tahun mencecah harga RM1.5 juta.
POKOK Kapok di Padang Merdeka berbunga setiap tiga tahun mencecah harga RM1.5 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia