Harian Metro

Kami pun boleh!

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

„ Dua anggota wanita PGA pecah tradisi sertai cabaran lasak

Dua anggota wanita Pasukan Gerakan Am (PGA) memecahkan tradisi apabila menyertai Pertanding­an Mara Lasak Piala Komander Briged Sabah yang sebelum ini hanya disertai anggota lelaki.

Lans Koperal Nornitha Lyessa Anak Juwil, 27, dan Konstabel Nurmadiah Buang, 24, kedua-duanya berasal dari Sarawak yang bertugas di Ibu Pejabat Briged Sabah antara 198 anggota yang menyertai cabaran membabitka­n 20 kilometer (km) di Sungai Batang di sini, semalam.

Nornitha berkata, mereka mengikuti cabaran itu kerana mahu membuktika­n anggota wanita juga mampu menempuh cabaran berkenaan.

Katanya, biarpun cuma mendapat sagu hati dalam pertanding­an yang disertai enam pasukan dari seluruh Sabah, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk menyertai pertanding­an pada masa depan.

“Pada pertanding­an ini, kami melalui pelbagai cabaran untuk menguji ketahanan fizikal termasuk mendaki bukit, melalui kawasan berlumpur dan berbatu dengan memikul senjata selain beban lapan kilogram. Kami dapat melepasiny­a kerana kerjasama dalam pasukan.

“Kami ambil masa tidak sampai sebulan untuk berlatih dengan berlari di pantai dan bukit,” katanya ditemui pada acara penutupan dirasmikan Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran Asisten Komisioner Ratan Kumar Singh yang mewakili Komander Briged Sabah Datuk Zanudian Samsu.

Enam pasukan yang menyertai acara itu membabitka­n Batalion 14 PGA Tawau, Batalion 15 PGA Sandakan, Batalion 16 PGA Kinarut, Batalion 17 PGA Lahad Datu, Batalion 20 PGA Beluran dan Briged Sabah dengan Sandakan muncul juara selepas merekodkan catatan masa dua 2 jam 59 minit disusuli Beluran dan Lahad Datu.

Sementara itu, Zanudian dalam teks yang dibacakan Ratan meminta anggota dan pegawai agar sentiasa menjauhkan diri daripada najis dadah juga rasuah.

Katanya, penyalahgu­naan dadah bukan saja merosakkan diri dan keluarga malah menyebabka­n kehilangan kerja serta pelbagai masalah lain.

 ??  ?? NORNITHA Lyessa (kiri) dan Nurmadiah mendapat sagu hati dalam Pertanding­an Mara Lasak Piala Komander Briged Sabah dalam kejohanan di Sandakan.
NORNITHA Lyessa (kiri) dan Nurmadiah mendapat sagu hati dalam Pertanding­an Mara Lasak Piala Komander Briged Sabah dalam kejohanan di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia