Harian Metro

Bina kem tentera tahun depan

-

Kota Kinabalu: Kem tentera Lahad Datu dijangka dibina pada tahun depan bagi meningkatk­an lagi keselamata­n dan keupayaan pasukan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, beliau membincang­kan beberapa isu keselamata­n termasuk pengwujuda­n kem tentera di Lahad Datu bersama Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika lawatan kerja ke negeri ini.

“Ketua Menteri mengalu-alukan usaha pembinaan kem tentera dan jika semuanya berjalan lancar, kita mula (membina kem itu) pada awal tahun depan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan majlis Penganuger­ahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) peringkat Negeri Sabah di Dewan Serbaguna, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, beliau sudah melawat beberapa pulau di pantai timur Sabah kelmarin, dan berpuas hati dengan tahap kesiapsiag­aan anggota tentera yang berpangkal­an di kawasan Op Pasir.

Susulan laporan mengenai rancangan penculikan yang mungkin dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf, beliau berkata, pasukan keselamata­n sama ada polis, tentera dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa berjaga-jaga.

“Saya menggesa masyarakat di pantai timur Sabah supaya terus menjadi mata dan telinga pihak keselamata­n,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, Zulkifli menyampaik­an PJM kepada 80 veteran tentera dan PKN kepada 80 anggota tentera yang berkhidmat menentang pengganas komunis dari 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990.

Beliau juga menyampaik­an PKN kepada 80 anggota tentera, anggota TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berkhidmat ketika penceroboh­an di Lahad Datu atau Op Daulat pada 2013.

 ??  ?? ZULKIFLI (depan lima dari kiri) bersama penerima anugerah ketika majlis penganuger­ahan PJM dan PKN di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Sepanggar.
ZULKIFLI (depan lima dari kiri) bersama penerima anugerah ketika majlis penganuger­ahan PJM dan PKN di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Sepanggar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia