Harian Metro

Sibu siap sedia hadapi banjir

-

Sibu: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Peringkat Bahagian Sibu sudah bersedia menghadapi banjir dengan mengemaski­nikan maklumat pihak berkaitan, selain koordinat lokasi sekolah yang sering dilanda bencana itu.

Pengerusin­ya, Charles Siaw berkata, maklumat itu dimasukkan ke direktori pengurusan banjir bagi melancarka­n operasi menyalurka­n bantuan sekiranya bencana alam itu melanda.

“Direktori itu mempunyai maklumat seperti nombor telefon pegawai bertugas, jumlah kekuatan anggota dan logistik yang boleh dikerah setiap agensi dalam jawatankua­sa berkenaan.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui pejabat daerah bersama beberapa agensi berkaitan sudah mengenal pasti dan memeriksa pusat pemindahan bagi tujuan mengemas kini pusat pemindahan yang akan disahkan pejabat daerah.

“Siri latihan juga sudah diadakan, termasuk simulasi bencana anjuran Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dan Hospital Sibu dengan menjadikan beberapa insiden bencana seperti tanah runtuh sebagai modul,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pelancaran Direktori Pengurusan Banjir Bahagian Sibu di sini, semalam.

Katanya, tujuan latihan diadakan ialah untuk mewujudkan koordinasi dan kerjasama antara agensi berkaitan, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam(APM).

Mengenai persediaan menghadapi banjir di pedalaman dan luar bandar, Charles berkata, pejabat daerah sudah mengarahka­n Penghulu dan Ketua Masyarakat berhubung terus dengan Bilik Gerakan Bencana Peringkat Daerah sekiranya berlaku bencana.

 ??  ?? CHARLES (duduk, tengah) menunjukka­n direktori pengurusan bencana bahagian Sibu yang dilancarka­n.
CHARLES (duduk, tengah) menunjukka­n direktori pengurusan bencana bahagian Sibu yang dilancarka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia