Harian Metro

KRU Studios dapat projek besar

-

Kuala Lumpur: KRU Studios diberi tanggungja­wab oleh American Film Market (AFM) bagi menghasilk­an kesan visual untuk sebuah filem seram dari Amerika Syarikat (AS) berjudul Nosferatu.

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Datuk Norman Abdul Halim berkata, filem berkenaan adalah versi campuran kepada filem klasik, Nosferatu: A Symphony of Horror arahan F W Murnau pada 1922.

“Kami menerima rakaman asal filem berkenaan dan kini dalam proses untuk meniru pelbagai latar belakangny­a menggunaka­n teknik CGI (Imej Janaan Komputer). Kami juga diberikan rakaman terbaru aksi pelakonnya di depan skrin hijau.

“Kami bakal menambah latar belakang serta set digital lain kesan lebih hebat filem itu. Kesan itu nanti akan menyamai hasil kerja produksi Hollywood seperti yang dibuat untuk filem 300 dan Sin City,” katanya.

Menurut Norman, tugas utama KRU Studios adalah mereka ilusi moden untuk filem berkenaan yang asalnya tiada bunyi, dialog dan muzik.

“Kami akan mereka kembali babak demi babak filem klasik seram itu, tetapi kali ini menggunaka­n dialog bahasa Inggeris.

“Sebanyak 90 peratus kesan CGI untuk latar belakang filem itu dibuat menggunaka­n kemudahan kami di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil. Pembikinan itu sudah dibuat sejak September lalu dan dijangka siap pada Januari tahun depan,” katanya.

Menurut Norman, anak syarikat KRU Studios, United Studios juga diberikan kepercayaa­n sebagai ejen pemasaran filem itu nanti.

 ??  ?? NORMAN
NORMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia