Harian Metro

Bayaran Khas RM500 buat penjawat awam

-

Putrajaya: Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam yang diumumkan pada Belanjawan 2019, semalam amat dinanti-nantikan penjawat awam di seluruh negara.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, bantuan khas itu penting khususnya bagi persediaan penjawat awam untuk perbelanja­an persekolah­an anak-anak.

“Saya difahamkan, bayaran itu akan dibuat sebelum akhir tahun ini.

“Kita bersyukur kerana masih ada ruang untuk penjawat awam di hati kerajaan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, beliau menyifatka­n Belanjawan 2019 yang dibentangk­an itu banyak memberi manfaat kepada penjawat terutama mengenai Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pengenalan beberapa insentif bagi memiliki rumah pertama.

Azih berkata, antara yang memberi manfaat kepada penjawat awam termasuk BSH selain pemberian tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berusia 18 tahun ke bawah yang terhad kepada empat anak bagi isu rumah berpendapa­tan RM2,000 ke bawah.

Menurutnya, kerajaan juga membantu penjawat awam dengan memanjangk­an tempoh pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bagi tempoh pembiayaan pertama daripada 30 tahun kepada 35 tahun.

“Pemanjanga­n tempoh pembiayaan itu akan memberi pendapatan boleh guna kepada penjawat awam," katanya.

Selain itu, katanya, penjawat awam juga berpeluang merebut diskaun harga rumah sebanyak 10 peratus yang ditawarkan bagi projek hartanah di bawah Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA). Kuala Lumpur: Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (PINTA) dan Persatuan Madrasah Tahfiz al-Quran Malaysia (Permata al-Quran) menyifatka­n Belanjawan 2019 bakal memperkasa­kan pendidikan agama Islam di negara ini.

Peningkata­n jumlah peruntukan termasuk terbaru kepada sekolah pondok berdaftar disambut baik pelbagai pihak berkaitan.

Presiden PINTA Mohd Zahid Mahmood berkata, pihaknya menghargai peruntukan diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, semalam.

Beliau berkata, menerusi belanjawan diumumkan, sekolah agama bantuan kerajaan akan menerima sebanyak RM50 juta, sekolah tahfiz (RM50 juta) manakala sekolah pondok berdaftar (RM25 juta).

Menurutnya, peruntukan berkenaan dapat memberi manfaat kepada kira-kira 50,000 pelajar di 1,347 sekolah tahfiz di seluruh negara.

Namun, pada masa sama Mohd Zahid berharap kerajaan dapat memudahkan proses

pendaftara­n kepada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia