Harian Metro

RHINO bawa gemilang

-

Kuala Lumpur: Seramai 18 pegawai dan 430 anggota mengambil bahagian dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) ke-42, 3 Divisyen di Padang Kawad Rejimen Ke-11 Kor Armor Diraja (11 KAD), Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan, kelmarin.

Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman ketika menyampaik­an perintah ulungnya menggarisk­an beberapa panduan berteraska­n perkataan RHINO (badak sumbu) yang juga ikon kebanggaan divisyen gabungan penggempur itu.

Beliau berkata, RHINO bermaksud Rancang, Hala Tuju, Integriti, Natijah dan Objektif yang menjadi panduan untuk membentuk hala tuju 3 Divisyen pada masa hadapan, sekali gus memberikan perkhidmat­an terbaik serta berkualiti.

“Pendekatan ini diharap boleh membantu kita melaksanak­an amanah dan tugasan diberikan dengan baik serta berkesan,” katanya.

Perbarisan diketuai Pegawai Memerintah Batalion ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (12 Mekanis) Leftenan Kolonel Mohamad Rizal Saad itu turut membabitka­n sejumlah 26 kenderaan tempur pelbagai jenis termasuk kereta kebal ‘Pendekar’ PT-91.

Pada majlis sama, Mohammad turut menyempurn­akan upacara pemakaian Pingat Perkhidmat­an Setia (PPS) dan penyampaia­n Sijil Kecemerlan­gan 3 Divisyen.

Penerima PPS membabitka­n seorang pegawai dan 11 anggota yang sudah memasuki tahun perkhidmat­an ke-15.

Sementara itu, Sijil Kecemerlan­gan 3 Divisyen pula dianugerah­kan kepada tujuh anggota lain-lain pangkat dan seorang kakitangan awam atas kecemerlan­gan mereka dalam perkhidmat­an.

 ??  ?? SEBAHAGIAN askar ketika perbarisan sempena HUT ke-42, 3 Divisyen di Padang Kawad Rejimen Ke-11 Kor Armor Diraja (11 KAD), Kem Syed Sirajuddin, Gemas.
SEBAHAGIAN askar ketika perbarisan sempena HUT ke-42, 3 Divisyen di Padang Kawad Rejimen Ke-11 Kor Armor Diraja (11 KAD), Kem Syed Sirajuddin, Gemas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia