Harian Metro

PENUHI HARAPAN

-

„ Kerajaan pikul tanggungja­wab jayakan aspirasi rakyat mahu lihat perubahan

Sokongan majoriti rakyat yang menentukan kejayaan Pakatan Harapan di dalam pilihan raya umum pada 9 Mei 2018 adalah satu pencapaian yang akan terukir di dalam sejarah negara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, secara umum, ia adalah pertukaran pertama parti pemerintah sejak kemerdekaa­n 61 tahun lalu dan pencapaian yang begitu besar datang bersama tanggungja­wab dan harapan yang besar juga.

“Tanggungja­wab ini menjadi bertambah berat kerana kerosakan oleh kerajaan kleptokras­i lalu yang perlu diperbetul­kan bukanlah kecil.

“Namun, kerajaan yang baharu ini tidak akan melihat tanggungja­wab ini semata-mata dari kaca mata ia satu beban, tetapi menerimany­a sebagai pelaksanaa­n amanah yang ia sudah setuju untuk dipertangg­ungjawabka­n,” katanya dalam Kata Pengantar Tinjauan Ekonomi 2019.

Menurutnya, di atas kefahaman sebegini, kerajaan hari ini akan melakukan beberapa perubahan dasar, strategi dan cara pelaksanaa­n untuk memenuhi harapan rakyat, membina semula serta mengembali­kan kegemilang­an negara.

“Berteraska­n prinsip keadilan, takdir urus yang baik, integriti dan kedaulatan undang-undang, kerajaan yakin ia akan berkeupaya­an mentransfo­rmasikan negara ke arah Malaysia baharu.

“Bagi mencapai status negara maju dan inklusif, kerajaan melaksanak­an pelbagai inisiatif pembaharua­n untuk meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi dan kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Dalam hubungan ini, katanya, kerajaan melalui Kementeria­n Kewangan sedang mempromosi­kan usaha untuk mewujudkan negara keusahawan­an serta menggalakk­an kerjasama dalam kalangan rakyat, profesiona­l, sektor swasta dan awam (4P)

untuk menerajui pelbagai inisiatif pembanguna­n negara.

“Selain itu, dalam melaksanak­an pengurusan fiskal berhemat, Kementeria­n Kewangan juga akan mempercepa­t pelaksanaa­n sistem bajet asas-sifar, merasional­isasikan program bantuan, menambah baik proses perolehan memperluas asas katanya.

Menurutnya, Malaysia berhasrat untuk mempertegu­h semula kedudukan negara pada peringkat antarabang­sa melalui pembabitan secara aktif dengan komuniti global.

Bagi tujuan ini, Malaysia akan terus memperkuku­h hubungan perdaganga­n dengan rakan dagang utama dan negara yang berpotensi menjadi rakan dagang melalui penyediaan persekitar­an

serta hasil,” perniagaan yang mesra dan bersesuaia­n dengan prinsip Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).

“Dengan mendukung prinsip memakmurka­n jiran, Malaysia akan terus memberi penekanan kepada menjalinka­n kerjasama erat dengan anggota ASEAN dan blok perdaganga­n serantau yang lain.

“Di samping itu, tumpuan lebih utama juga akan diberikan bagi memperkuku­h hubungan dua hala dengan China dan Jepun seiring dengan Dasar Pandang Ke Timur,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia