Harian Metro

Keluarga Cornell saman doktor

-

Los Angeles: Keluarga penyanyi Chris Cornell memfailkan saman terhadap doktor di Beverly Hills, mendakwa ubat berlebihan yang diberikan kepada bintang rock itu membawa kepada tindakanny­a membunuh diri, tahun lalu.

Saman itu difailkan di Mahkamah Agung Los Angeles, mendakwa Dr Robert Koblin ‘dengan cuai dan berulang kali’ memberikan 940 dos ubat antikeresa­han, Lorazepam, juga dikenali sebagai Ativan, kepada penyanyi itu bermula 2015 sehingga kematianny­a pada Mei 2017.

Saman itu, difailkan bagi pihak balu Cornell, Vicky Cornell, dan dua anak mereka, menyatakan Koblin memberikan ubat itu kepada penyanyi berkenaan sepanjang tempoh itu tanpa memeriksa keadaannya.

“Tiada sekali pun dalam tempoh itu, Dr Koblin mengadakan pemeriksaa­n ke atas Cornell, melakukan sebarang kajian makmal, mendapatka­n sejarah awal atau membuat sebarang penilaian klinikal ke atas Cornell.

“Malah dia tidak berjumpa atau bercakap secara fizikal dengan Cornell sepanjang tempoh itu,” menurut kenyataan.

Saman mendakwa ubat itu ‘merosakkan keupayaan mental Cornell, membayangi penilaiann­ya dan menyebabka­nnya terbabit dalam tindak-tanduk bahaya yang tidak dapat dikawal, membawa kepada kematianny­a.’

“Ketika kematianny­a, Cornell memiliki semuanya dan bercadang membuat rakaman lagi, mengadakan persembaha­n dan meneruskan usaha sebagai aktivis kebajikan,” menurut saman itu lagi.

Cornell yang bergelut dengan dadah dan kemurungan, ditemui mati 18 Mei 2017 di hotel di Detroit selepas mengadakan persembaha­n dengan kumpulanny­a, Soundgarde­n ketika berusia 52 tahun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia