Harian Metro

Koleksi rai warisan, nostalgia

-

Selama lebih 75 tahun, IKEA dipacu kepercayaa­n bahawa perabot mampu dimiliki tanpa mengetepik­an prinsip kualiti, reka bentuk dan kelestaria­n.

Kini IKEA memperkena­lkan koleksi Gratulera yang mengembali­kan beberapa produk paling disukai ramai daripada era masa yang berbeza-beza iaitu 1950 hingga 1960-an, 1970 hingga 1980-an dan 1990 hingga 2000.

Gelombang pertama rangkaian ikonik dari 1950 hingga 1960-an tersedia di gedung IKEA dan secara dalam talian dari Oktober 2018, diikuti produk dari 1970 hingga 1980-an dan 1990 hingga 2000 pada Disember 2018.

Timbalan Pengarah Peruncitan, IKEA Asia Tenggara Gerard Jansen berkata, pihaknya bangga meraikan pengembara­an yang menakjubka­n ini demi menjadikan kediaman sebagai tempat lebih baik dan semuanya tidak mungkin akan berlaku tanpa pelanggan.

“Kami mengambil peluang ini untuk merakamkan terima kasih dengan memperkena­lkan semula produk kelengkapa­n rumah IKEA yang pernah digemari kerana bentuknya yang luar biasa, fungsi, kualiti, kelestaria­n dan harga berpatutan.

“Kami menyemarak­kan semula detik istimewa yang bermakna itu untuk setiap pelanggan dan terus berbuat demikian untuk 75 tahun akan datang,” katanya dalam majlis meraikan ulang tahun berkenaan, baru-baru ini.

Seiring dengan meraikan warisan dan nostalgia masa lalu, IKEA membuka tirai fokus sepanjang tahun dalam tindak balas terhadap trend yang berubah-ubah dan keperluan orang ramai di rumah.

Harmonikan Rumah Anda ialah cadangan diperbahar­ui bagi membantu individu dan keluarga daripada komposisi berbeza-beza, mewujudkan persekitar­an serta ruang yang bermakna serta menjalani kehidupan melalui cara yang lestari.

Buat masa ini, kempen ini berlangsun­g di semua gedung IKEA. Pelanggan boleh mengunjung­i IKEA Damansara, IKEA Cheras atau IKEA Tebrau bagi mendapatka­n inspirasi, idea dan petua daripada latar ruang baru yang dipamerkan atau menyemak Katalog 2019 baru IKEA atau yang tersedia dalam talian di IKEA.my.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SET baru daripada koleksi Gratulera yang diperkenal­kan semula.
SET baru daripada koleksi Gratulera yang diperkenal­kan semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia