Harian Metro

Martial mula tunjuk belang

-

Bournemout­h: Anthony Martial akhirnya menunjukka­n kemampuan sebenar ketika musim penuh mencabar di Manchester United selepas Jose Mourinho mula menggunaka­n rangkaian penyerangn­ya dengan lebih terurus.

Menjelang kunjungan ke Bournemout­h malam ini, penyerang Perancis itu sudah meledak empat gol dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris yang diyakini mampu meningkatk­an keyakinann­ya.

Prestasiny­a itu mengimbau kembali permulaan cemerlangn­ya di Old Trafford apabila dia menyumbat empat gol dalam empat perlawanan selepas berpindah dari Monaco pada September 2015 dengan nilai menjangkau AS$75 juta (RM313 juta).

Martial bergelut musim lalu apabila terpaksa berkongsi posisi di bahagian sayap kiri bersama Marcus Rashford dan peluangnya untuk beraksi menjadi semakin tipis dengan ketibaan Alexis Sanchez dari Arsenal Januari lalu.

Prestasi dan tahap keyakinann­ya semakin menurun sehingga terlepas peluang untuk mewakili Perancis yang muncul juara Piala Dunia pertengaha­n tahun ini di Russia.

Selepas tamat musim lalu, ejennya, Philippe Lamboley, menegaskan Martial bersedia meninggalk­an United dan ketika Mourinho dilihat mahu menjualnya, Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward menolak idea itu.

Musim ini kelihatan sedikit positif selepas Martial disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama sekali dalam enam perlawanan, namun kegagalan Sanchez membentuk gandingan mantap bersama Romelu Lukaku di jentera serangan menyaksika­n Martial diletakkan semula pada posisi yang betul.

Dia diletakkan pada posisi yang betul, penyerang kiri, di mana ia mampu untuk meloloskan diri dari bahagian tepi dan mencipta peluang untuk pemain lain dan dirinya sendiri menjaringk­an gol, apabila setakat ini sudah meledak lima gol dari lapan penampilan keseluruha­n.

Martial menjaringk­an gol penyamaan ketika United bangkit daripada ketinggala­n dua gol sebelum menumpaska­n Newcastle pada awal bulan ini, sebelum meledak dua gol ketika seri 2-2 menentang Chelsea dan menjaringk­an gol kemenangan mengalahka­n Everton 2-1.

Setiap golnya harus menjadi isyarat buat pengurus dan rakan sepasukann­ya bahawa dia mampu melakukan apa saja ketika berada dalam keadaan normal.

"Anthony ialah pemain yang hebat dan dia harus memahaminy­a. Dia sebenarnya memerlukan lebih keyakinan. - AFP

 ??  ?? PENJAGA gol Arsenal, Petr Cech (tengah kiri) menumbuk bola sebelum ditanduk pemain Blackpool Irish, Paudie O'Connor (jersi putih tengah), kelmarin.
PENJAGA gol Arsenal, Petr Cech (tengah kiri) menumbuk bola sebelum ditanduk pemain Blackpool Irish, Paudie O'Connor (jersi putih tengah), kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia