Harian Metro

Quartararo, Morbidelli rebut gelaran pelumba muka baharu ONAR TREK BASAH

- Fadhli Ishak dan Sukhairi Thani sukanteam@nstp.com.my

Sepang: Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli masing-masing mempunyai tugas untuk merebut gelaran pelumba muka baharu terbaik dan pelumba pasukan bebas terbaik (pasukan satelit) apabila kedua-duanya bakal membawa nama pasukan sulung negara dalam kelas MotoGP, PETRONAS Yamaha Sepang Racing, musim depan.

“Untuk tahun pertama, kami kena pastikan kestabilan agar dapat mengharung­i saingan dengan baik.

“Dari sudut prestasi, sudah pasti kalau dimulakan dengan Quartararo, inspirasin­ya adalah untuk menjadi pelumba muka baharu terbaik dan saya pasti itu yang kami mahukan.

“Dari sudut Morbidelli, kami mahu melihat dia menjadi pelumba pasukan bebas terbaik untuk musim depan,”

Sepang: kata Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali selepas majlis menandatan­gani kerjasama antara SIC dan Yamaha Motor, di sini kelmarin.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Carmelo Ezpeleta, Pengerusi SIC Tan Sri Azman Yahya dan Ketua Kumpulan Yamaha Motor MotoGP Kouji Tsyua turut menyaksika­n majlis berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yamaha Factory Racing Lin Jarvis berkata, mereka akan membantu pasukan baharu itu dengan dua tonggak utama disenaraik­an bagi membantu pengurusan yang dikemudi Johan Stigefelt.

“Kami akan cuba semaksimum mungkin bagi membantu pasukan terutama pada fasa awal ini,” kata Jarvis.

“Sudah pasti akan ada cabaran untuk fasa awal ini, tapi mujur mereka ada Stigefelt yang berpengala­man di paddock Moto2 dan Moto3.

“Ini satu perubahan besar ke MotoGP daripada kosong. Dua daripada staf utama kami akan berpindah ke pasukan ini. Ramon Forcada yang menjadi ketua krew Maverick (Vinales) akan menjadi ketua krew Franky (Morbidelli) dan Wilco Zeelenberg pula bertindak sebagai pengurus pasukan.

“Berdasarka­n pengalaman Johan, Ramon, Wilco serta sokongan penuh Yamaha, saya yakin mereka mampu melakukann­ya dengan baik.”

Kerjasama antara Yamaha dan pasukan baharu ini akan bermula tahun depan hingga 2021.

Sepang

Semuanya tidak berlangsun­g seperti direncanak­an Hafizh Syahrin Abdullah apabila hujan mengganggu sesi kelayakan dengan dirinya bakal memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Shell Malaysia dari petak ke-23, hari ini.

Pelumba Monster Yamaha Tech3 itu mampu berada di tempat ke-13 pada awal saingan sesi latihan bebas ketiga dengan catatan positif 2 minit 00.558 saat sebelum ke-15 pada sesi seterusnya (2:01.391s) yang berlangsun­g

„ Hafizh gagal sambar petak depan, bakal mula perlumbaan di petak ke-23, hari ini

dalam keadaan cuaca berbeza.

Sesi kelayakan pertama disertai Hafizh turut menyaksika­n bendera merah dikibarkan sebaik saja saingan bermula susulan hujan lebat dan ia kembali diteruskan selepas satu jam 20 minit.

Hafizh mencatat 2:16.825s di atas permukaan basah sepenuhnya dan menyaksika­n dia menamatkan sesi berkenaan di tangga ke-13 yang secara tidak langsung menempatka­n dirinya bakal bermula dari petak ke-23, barisan kelapan.

Pada sesi kelayakan kedua, juara dunia Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda melakukan catatan terpantas, 2:12.161s, namun memulakan perlumbaan

 ?? Hafizh Syahrin ?? HAFIZH ketika sesi ujian masa di Litar Sepang.
Ini adalah kali pertama saya menunggang jentera MotoGP dalam keadaan hujan
Hafizh Syahrin HAFIZH ketika sesi ujian masa di Litar Sepang. Ini adalah kali pertama saya menunggang jentera MotoGP dalam keadaan hujan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia