Harian Metro

TIGA SYARAT UNTUK LAYAK

Kerajaan ambil kira usia, kuasa kuda kereta serta pendapatan pemilik untuk layak terima subsidi RON95

- Muhammad Mustakim Ramli m.mustakim@nstp.com.my

Kerajaan akan mengambil kira pendapatan pemilik, usia dan kuasa kuda kereta dalam menentukan kelayakan pemberian subsidi petrol RON95 kepada orang ramai.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) diberi keutamaan menikmati subsidi 30 sen yang akan dilaksanak­an bermula suku kedua tahun hadapan.

“Kategori yang layak berdasarka­n tahap pendapatan, kuasa kuda kenderaan dan juga usia kenderaan.

“Jadi kita perlukan maklumat tepat daripada Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) bagi mengenal pasti jumlah pemilik kenderaan lama,” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan di Pasar Awal Kulim, di sini, semalam.

Saifudin berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan bersama Kementeria­n Kewangan pada 8 November ini bagi mencari formula terbaik untuk pelaksanaa­n subsidi ini.

“Kita galakkan perbincang­an, perbahasan dalam kalangan rakyat mengenai perkara ini. Pandangan rakyat, jemaah menteri, syarikat minyak, pengedar minyak dan persatuan pengguna kami akan ambil kira.

“Kami mempunyai empat bulan lagi untuk memberi situasi menang-menang kepada semua pihak,” katanya.

Kelmarin, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumka­n pemilik kereta berkapasit­i enjin 1,500cc dan motosikal berkapasit­i 125cc akan menikmati subsidi RON95 30 sen seliter.

Menerusi mekanisme subsidi itu, Guan Eng mengatakan pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100 liter dan 40 liter bagi motosikal.

Sejumlah RM2 bilion diperuntuk­kan dan dijangka memanfaatk­an empat juta pemilik kereta serta 2.6 juta pemilik motosikal.

Kategori yang layak berdasarka­n tahap pendapatan, kuasa kuda kenderaan dan juga usia kenderaan”

Saifuddin Nasution

 ??  ??
 ??  ?? SUBSIDI 30 sen akan dilaksanak­an bermula suku kedua tahun hadapan.
SUBSIDI 30 sen akan dilaksanak­an bermula suku kedua tahun hadapan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia