Harian Metro

Hasil susu getah berbanding sekerap

-

Baling: Penoreh getah diminta menghasilk­an susu getah bagi memperoleh hasil pendapatan yang lebih baik berbanding getah sekerap yang diusahakan mereka ketika ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Sumber Tani, Pengangkut­an dan Industri Utama negeri, Azman Nasrudin berkata, hasil pendapatan melalui susu getah adalah 50 sen lebih tinggi berbanding getah sekerap.

“Getah sekerap hanya RM2.20 sekilogram, susu getah pula nilainya antara RM2.70 hingga RM2.80 sekilogram.

“Mereka perlu kerja lebih sedikit. Jika sebelum ini sekitar 10 pagi sudah balik dari menoreh, jadi kerja lebih sedikit untuk kutip susu getah pada hari yang sama berbanding jadikan ia getah sekerap,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kerajaan melalui Kementeria­n Industri Utama mencari kaedah terbaik bagi membantu penoreh getah.

“Saya difahamkan kementeria­n kini berbincang dengan pemain industri khususnya getah bagi membantu penoreh, jadi kita minta mereka bersabar.

“Baru-baru ini juga melalui Belanjawan 2019, kerajaan menyediaka­n Insentif Pengeluara­n Getah (IPG) dengan peruntukka­n sebanyak RM50 juta bagi mengurangk­an kesan kejatuhan harga getah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) negeri, Ramlie Tumin berkata, pihaknya dapat membantu dari sudut pemasaran dengan memastikan tidak berlaku rantaian jualan yang panjang.

“Ini salah satu kaedah bagi memastikan mereka memperoleh margin yang lebih baik.

“Kita juga dapat membantu dari sudut keusahawan­an dengan memberi bantuan peralatan bagi membolehka­n mereka dapat mengeluark­an apa-apa produk sebagai hasil pendapatan sampingan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Penduduk Kampung Dalam Wang, Mohd Zaid Abd Mokti berkata, pihaknya mengambil inisiatif

dengan mengumpul dana bagi membantu penoreh khususnya ketika musim hujan.

“Selain itu, kita juga mengadakan perbincang­an bersama Majlis Daerah Baling bagi menjadikan Gunung Dalam Wang sebagai tarikan baru pelancong di daerah ini.

“Kampung ini mempunyai 3,000 penduduk, yang mana 99 peratusnya adalah penoreh. Kita harapkan dengan menjadikan Gunung Dalam Wang sebagai tarikan baharu, ia mampu menjana pendapatan tambahan kepada penduduk,” katanya.

 ??  ?? AZMAN
AZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia