Harian Metro

Tali barut penyeludup

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin cnews@nstp.com.my

„ Pegawai kerajaan dalangi kegiatan jual-beli hidupan liar dilindungi

Keuntungan luar biasa menjadi punca segelintir anggota keselamata­n dan pegawai kerajaan menjadi dalang kegiatan penyeludup­an serta pemerdagan­gan haram hidupan liar dilindungi.

Sumber berkata, mereka ini dikesan bersekongk­ol dengan pemburu haram selain mempunyai hubungan dengan rangkaian sindiket antarabang­sa.

Menurutnya, ini terbukti susulan beberapa penahanan membabitka­n anggota polis dan bekas pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dalam operasi dilakukan pihak Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sejak beberapa bulan lalu.

Dia berkata, dalam operasi dilakukan September lalu, seorang anggota polis ditahan PERHILITAN selepas didapati terbabit dengan penyeludup­an tenggiling di Kedah.

“Haiwan tenggiling mendapat permintaan tinggi terutama di China berikutan sisiknya dianggap bahan utama untuk dijadikan ubat tradisiona­l selain daging haiwan itu menjadi kegemaran peminat makanan eksotik.

“Anggota polis terbabit ditahan di rumahnya kerana disyaki menjadi ‘pengantara’ kepada sindiket di negara jiran,” katanya.

Menurutnya, 81 ekor tenggiling dirampas dalam serbuan dilakukan itu.

“Bagaimanap­un, pihak Perhilitan menunggu Januari tahun hadapan untuk mendakwa suspek di mahkamah mengikut Seksyen 68, Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010,” katanya.

Menurutnya, pada 30 Oktober lalu, dua pegawai

KDRM dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dan denda RM230,000 oleh Mahkamah Majistret Sepang selepas didapati terbabit dengan penyeludup­an 31 kura-kura

“Mereka ditahan pada 12 Mei 2016 kerana memiliki dua beg mengandung­i kura-kura itu di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Difahamkan, kedua-dua mereka masing-masing berusia 29 dan 31 tahun masih berkhidmat sebagai pegawai kastam ketika tangkapan dilakukan.

“Tertuduh dikenakan hukuman maksimum berikutan menyalahgu­nakan jawatan dan tanggungja­wab diberi. Malah reptilia itu diletakkan di bawah senarai merah sebagai spesies hidupan terancam,” katanya.

Badan bukan kerajaan (NGO) TRAFFIC di Asia Tenggara yang memperjuan­gkan isu penyeludup­an hidupan liar memaklumka­n haiwan reptilia menjadi haiwan peliharaan yang semakin kerap diseludup berikutan permintaan tinggi bagi pasaran Asia.

Satu kajian baru-baru ini mendedahka­n, sekurang-kurangnya 10,321 ekor kura-kura dirampas dalam 53 operasi antara April 2014 hingga Mac 2016.

Kira-kira 300 hidupan liar sebahagian besarnya dalam kategori spesies dilindungi didapati didagangka­n melalui laman sosial Facebook setiap hari.

 ??  ?? TENGGILING yang cuba diseludup ke China.
TENGGILING yang cuba diseludup ke China.
 ??  ??
 ??  ?? PEGAWAI kastam yang ditahan terbabit aktiviti penyeludup­an
haiwan liar dilindungi.
PEGAWAI kastam yang ditahan terbabit aktiviti penyeludup­an haiwan liar dilindungi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia