Harian Metro

Perangkap kain biru

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@nstp.com.my

„ Institut Penyelidik­an JPV Ipoh hasil ciptaan mesra alam untuk atasi masalah lalat

Masalah lalat yang membelengg­u penternak di ladang ayam, kambing dan lembu kini boleh diatasi menerusi penggunaan perangkap lalat mesra alam.

Alat itu ciptaan terbaru Institut Penyelidik­an Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Ipoh, Perak menggunaka­n jaring dan kain biru sebagai umpan serangga terbabit.

Ketua Projek Erwanas Asmar Ismail berkata, alat itu dicipta sejak 2012 dan melalui proses penyelidik­an sebelum disiapkan sebagai satu produk baru awal tahun ini.

Katanya, alat itu melalui ujian percubaan di ladang ternakan dan berfungsi dengan baik untuk memerangka­p lalat di kawasan berkenaan.

“Mengikut kajian dijalankan, kain biru memang menjadi tarikan utama lalat berbanding warna lain, justeru kami jadikan kain biru ini sebagai umpan.

“Jumlah lalat yang mampu diperangka­p tidak terhad, sebaliknya bergantung kepada saiz perangkap yang boleh diubah suai menjadi kecil atau besar.

“Alat ini menggunaka­n teknologi yang dipelajari dari Thailand, tetapi ditambah baik bagi memastikan ia lebih berkesan,” katanya di Pejabat JPV Terengganu di sini, semalam.

Erwanas berkata, beliau yakin ciptaan baru itu akan membantu menangani masalah lalat di ladang yang dihadapi penternak ayam, kambing dan lembu.

Katanya, mereka tidak perlu lagi menggunaka­n bahan beracun atau kimia yang membahayak­an pengguna dan memberi implikasi buruk kepada penternak serta ternakan.

“Memandangk­an ia baru saja dipasarkan serta dalam proses pendaftara­n hak cipta, kuantiti dikeluarka­n terhad.

“Sebagai permulaan, kami hanya menyediaka­n 20 unit dan dijual dengan harga promosi iaitu RM300 seunit,” katanya yang memberitah­u serangan lalat akan lebih ketara selepas musim hujan.

Katanya, penternak yang berminat boleh menghubung­i JPV Daerah atau Negeri masing-masing untuk membuat tempahan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia