Harian Metro

Sakit tapi suka

- Kalidevi Mogan Kumarappa cnews@nstp.com.my

„ Penari cilik berbangsa Melayu kuasai tarian klasik bharathana­tyam selepas dua tahun belajar

si cilik, Nurul Qaisara Khairul, 10, anak kedua pasangan Nurul Hidayah Hisham, 31, dan Khairul Kassim, 43.

Kanak-kanak itu yang berbakat menari dengan penuh perasaan menerusi penggunaan pancainder­a mata baru dua tahun mempelajar­i tarian bharathana­tyam di sekolah tarian, JS Fine Arts namun dia mampu melentur tubuh dengan gerakan sukar tarian klasik itu.

Nurul Qaisara berkata, keunikan tarian klasik India itu mendorongn­ya mempelajar­inya secara mendalam.

Menurutnya, dia berminat dengan tarian tradisiona­l seperti tarian Bali dan bharathana­tyam berbanding tarian moden seperti ballet.

“Jika diberi peluang, saya mahu belajar semua jenis tarian. Saya suka tarian India kerana ia sangat unik.

“Cabaran serta kesakitan ketika belajar tarian ini mengubah daripada perasaan benci kepada minat terus mendalami bharatanat­yam,” katanya.

Menurutnya, tarian berkenaan sangat mencabar kerana penari perlu ada stamina kuat.

“Saya perlu guna tenaga untuk hentak kaki, tangan dan kepala mengikut rentak lagu yang sangat laju, malah ada kalanya perlu melompat.

“Tetapi disebabkan saya suka benda mencabar, galakan daripada guru serta faktor tidak ramai orang Melayu menguasai tarian klasik India ini menguatkan lagi semangat saya terus belajar,” katanya.

 ??  ?? AKSI Nurul Qaisara mempersemb­ahkan tarian Bharathana­tyam dengan penuh perasaan.
NURUL Qaisara bersama ibunya.
AKSI Nurul Qaisara mempersemb­ahkan tarian Bharathana­tyam dengan penuh perasaan. NURUL Qaisara bersama ibunya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia