Harian Metro

Saksi diminta tampil

- Faris Fuad faris.fuad@nstp.com.my

„ Bantu siasatan kes remaja cedera dibaling tayar basikal dari rumah PPR

mangsa menunggu rakannya di tempat letak motosikal di bawah Blok 41 PPR itu.

“Muhammad Iqmal terasa sesuatu objek terkena atas kepalanya yang dipercayai dibuang dari tingkat atas blok PPR berkenaan.

“Anggota DBKL turut membawa barang yang dibuang iaitu (penyerap hentak di bahagian depan) basikal bersama tayarnya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa tidak mengetahui individu yang membuang basikal itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Semalam, akhbar ini melaporkan Muhammad Iqmal memaklumka­n ketika kejadian, dia baru saja turun dari rumahnya di tingkat enam pangsapuri untuk ke tempat kerja.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia berjalan sambil berbual dengan rakannya.

“Tiba-tiba bahagian kepala ditimpa benda berat. Saya terus rasa mahu pitam dan sakit di kepala,” katanya ketika ditemui wartawan, kelmarin.

Mangsa mendakwa tidak mengetahui apa yang menimpa kepalanya ketika itu berikutan dalam keadaan separuh sedar.

Abang sulung mangsa, Muhammad Ikram berkata, adiknya bernasib baik kerana objek dibaling itu tidak kena tepat pada bahagian tengah kepala yang boleh menyebabka­n kematian.

Bagaimanap­un, dia berharap pihak berkuasa memandang serius kejadian itu kerana ia boleh membawa maut jika objek berkenaan terpacak di kepala atau terkena kanak-kanak.

 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad, semalam.
LAPORAN Metro Ahad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia