Harian Metro

‘Malas’ guna jejantas

- Faris Fuad faris.fuad@nstp.com.my

„ Punca pejalan kaki maut ketika melintas jalan raya di sekitar ibu negara

Sebahagian besar kes pejalan kaki maut dilanggar di ibu kota disebabkan tidak menggunaka­n jejantas ketika melintas jalan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, berdasarka­n statistik dari Januari hingga bulan lalu pihaknya merekodkan kira-kira 20 kes pejalan kaki maut ketika melintas jalan raya di sekitar ibu negara.

“Ia membabitka­n mangsa warga emas dan kanak-kanak masing-masing berusia 55 tahun ke atas dan sembilan tahun ke bawah.

“Sebahagian besar kes individu terbabit tidak menggunaka­n jejantas ketika melintas jalan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, pada masa sama pengguna jalan raya perlu memainkan peranan penting dengan lebih berwaspada dan memperlaha­nkan kenderaan ketika melihat individu melintas jalan.

“Kita pantau kes seperti ini, sebelum ini kita kerap melakukan operasi bagi menangani masalah ini. Selepas kes pejalan kaki warga emas yang maut di Jalan Raja Laut semalam (kelmarin), kita akan kaji semula apa tindakan susulan boleh diambil JSPT Kuala Lumpur.

“Ia juga perlu seiring dengan peranan dan tanggungja­wab pemandu kenderaan, malah jika ada papan tanda awas haiwan melintas, ia sudah menjadi kesalahan jika haiwan itu dilanggar.

“Dalam hal ini, kita memikirkan nyawa manusia, jadi mari kita sama-sama memastikan kejadian itu tidak berlaku lagi,” katanya.

Kelmarin, seorang wanita warga emas terperosok dan tersepit di bawah lori selepas dirempuh kenderaan berat itu.

Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 70-an bersama rakannya yang juga wanita warga emas melintas jalan berhampira­n jejantas di Jalan Raja Laut di sini, jam 12.15 tengah hari.

Nahas menyebabka­n mangsa yang tersepit maut serta-merta manakala seorang lagi parah.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya mengadakan Operasi Jejantas secara berskala bagi mengesan individu yang enggan mematuhi peraturan lalu lintas.

“Kita adakan operasi dalam dua atau tiga kali sebulan, DBKL akan keluarkan saman maksimum RM300 kepada pejalan kaki yang didapati tidak menggunaka­n jejantas,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad, semalam.
LAPORAN Metro Ahad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia