Harian Metro

Empat hari jual tujuh tan buah

- Mohd Rafi Mamat cnews@nstp.com.my

„ Pekebun raih pendapatan lumayan dalam Program Jualan Terus Dari Ladang

Seorang pekebun berhasil menjual tujuh tan pelbagai jenis buah-buahan dalam masa empat hari penganjura­n Program Jualan Terus Dari Ladang (TDL) di Kuantan Parade dekat sini, yang berakhir malam kelmarin.

Mohd Idris Ismail, 32, yang pertama kali menyertai program anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) berkata, sambutan diterima daripada pengunjung sangat menggalakk­an dan dia berterima kasih kepada agensi berkenaan kerana menyediaka­n peluang seperti itu kepada pekebun sepertinya.

“Selain nanas jenis MD2 dan mangga susu turut dijual sepanjang program itu ialah jambu dan belimbing. Semua buah segar dibawa terus dari ladang selain ditawarkan pada harga berpatutan menjadi faktor utama sambutan menggalakk­an diterima daripada pengunjung.

“Kami turut menjual buah potong yang sedia dimakan pada harga antara RM2 dan RM3. Saya harap pihak FAMA Pahang terus mengadakan program TDL ke pasar raya di daerah ini kerana sambutan diterima begitu menggalakk­an dan memberi pendapatan lumayan kepada peniaga,” katanya yang turut mengusahak­an tanaman jagung, labu dan nanas di Maran.

Dia yang juga peserta ladang kontrak FAMA Pahang berkata, sambutan diterima sepanjang program TDL itu menambahka­n lagi semangatny­a menyertai Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Pelanconga­n Agro Antarabang­sa (MAHA) 2018 di Serdang, Selangor bulan depan.

Sementara itu, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi FAMA Pahang Razi Ruslan berkata, peniaga yang ingin menyertai aktiviti jualan di bawah program TDL ke pasar raya terdiri daripada peserta ladang kontrak FAMA.

“Kami membantu usahawan yang berminat menyertai program terbabit bagi memastikan mereka dapat memasarkan produk masing-masing seterusnya meraih pendapatan memuaskan. “Ada lebih 326 pekebun berdaftar sebagai peserta ladang kontrak dan mereka layak mendapat pelbagai kemudahan serta bantuan disediakan FAMA,” katanya.

 ??  ?? PENIAGA menjual nanas MD2 pada program TDL ke pasar raya di Kuantan Parade.
PENIAGA menjual nanas MD2 pada program TDL ke pasar raya di Kuantan Parade.
 ??  ?? MOHD Idris (dua dari kiri) melayan pelanggan yang merasa buah potong yang dijualnya.
MOHD Idris (dua dari kiri) melayan pelanggan yang merasa buah potong yang dijualnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia