Harian Metro

Herba Cina

-

Kalau cuaca panas bukalah payung untuk melindungi daripada kepanasan.

Tidak juga buka payung itu. Dikendong rapi atau disimpan di dalam beg sahaja.

Habis kenapa bawa payung di panas terik ini?

Tiba-tiba tanpa amaran tanpa guruh, hujan turun selebat-lebatnya. Secepat mana ia datang, secepat itu juga ia berlalu selepas turun hampir 10 minit meninggalk­an saya basah kebingunga­n. Malam itu, saya sekeluarga demam.

TCM menganjurk­an amalan pemakanan yang berdisipli­n.

Kalau musim panas makanan dan minumannya lain.

Kalau musim sejuk makanannya lain. Teh Cina itu, kalau kita memang main sebat sahaja, minum berapa tong yang sanggup.

Apatah lagi kononnya ada teh Cina dengan herba tertentu yang boleh menguruska­n badan.

Maka belasahlah si gemuk gedempol teh Cina Malaysia itu untuk jadi kurus. Tidak kurus juga malah lagi bertambah tayar

Teh Cina ada jenis herba yang diminum pada musim panas. Ada jenis yang diminum pada musim sejuk.

Ada yang diminum secawan sehari sahaja dan ada yang sekole di waktu siang.

Begitu juga dengan TCM. Ia berasal daripada falsafah kehidupan sempurna kepercayaa­n Taoist yang berkata, badan manusia penuh dengan tenaga yang digelar ‘qi’.

‘Qi’ ini perlu mengalir sempurna ke keseluruha­n badan dan membawa sekali elemen positif dan semangat yang baik.

Jika ‘qi’ tersekat mahupun hilang arah tujuan di dalam badan, TCM memfokuska­n untuk membetulka­n aliran ‘qi’ itu menjadi kembali sempurna.

TCM adalah perubatan khas untuk membasmi punca permasalah­an kesihatan di dalam badan manusia.

TCM secara umumnya tidak pernah mengkaji simptom ataupun melawan virus seperti perubatan moden.

Bahan asas TCM adalah tumbuh-tumbuhan, organ haiwan dan campuran herba yang kadang-kadang meragukan pengguna yang pertama kali terdedah kepadanya.

Namun, sebagai orang Islam kita boleh menggunaka­n TCM tanpa was-was terutama penyediaan herba dan tumbuh-tumbuhan.

Asalkan kita tidak mencuba makan sup organ peranakan landak sudahlah.

Sup terbaik seperti sarang burung, abalon kering, ginseng dan scallop adalah hidangan wajib setiap keluarga di Hong Kong.

Harganya bukan murah. Bergantung kepada bahan dan kandungan, ada yang mencecah

HKD600 semangkuk terutama jika membabitka­n sumber eksotik.

Andai kata seorang buta berjalan kaki dari Wan Chai ke Sheung Wan, udara persekitar­an dan bau itu sendiri dah menyatakan dia berada di mana.

Di Wan Chai, baunya seakan-akan minyak diesel diselang-seli bau minuman keras bir.

Sampai ke Admiralty yang penuh dengan gedung mahal sudah tentu bau minyak wangi semerbak pula.

Kalau berjalan malam rasa seram pun ada sebab orang tua Melayu berkata, kalau bau wangi ada pontianak.

Di Sheung Wan pula baunya bermula dengan minyak wangi dan bauan angin laut sebelum tiba-tiba tercium bau ikan kering.

Ini maknanya sudah sampailah di Bonham Strand West dan Wing Lok Street. Jangan terkejut apabila caj konsultasi doktor TCM cuma HKD40 hingga HKD80 sahaja.

Murah daripada perubatan moden tetapi harga ubatnya sedikit mahal.

Kalau sesiapa hendak menjadi jaguh, pergilah minum sup ular di Tai Yuen Street, Wan Chai. Saya jamin anda akan menjelma gagah perkasa hingga boleh memanjat dinding. Cukup tiga mangkuk anda boleh berlakon PASKAL 2.

Penulis adalah pengurusan kanan CMC Engineerin­g di Hong Kong

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia