Harian Metro

Kasih membawa ke syurga

-

Rebutlah peluang berbakti kepada orang tua selagi Allah SWT izinkan. Memang mudah menyatakan sayangnya kita kepada orang tua, namun belum tentu kasih sayang itu dibuktikan dengan ikhlas apabila kedua-dua mereka dalam keadaan uzur dan menunjukka­n pelbagai ragam.

Rasulullah SAW menyatakan dengan jelas kelebihan yang diperoleh anak yang mampu berbakti kepada kedua-dua orang tuanya. Ibnu ‘Umar pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah perbuatan yang disukai oleh Allah? Baginda bersabda yang bermaksud: “Solat pada waktunya.” Ditanya lagi: “Kemudian apa?” Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.” Kemudian ditanya lagi: “Kemudian apa?” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Satu hadis diriwayatk­an Ahmad menjelaska­n, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguh rugi seorang lelaki (begitu juga perempuan) yang sempat hidup bersama kedua-dua orang tuanya atau salah seorang daripadany­a, kemudian kedua-duanya tidak menjadi sebab (untuknya) masuk ke syurga.”

Semua orang tahu mengenai kelebihan menjaga ibu bapa ketika mereka mencapai usia tua. Namun, tidak ramai sanggup melakukan amal bakti kepada kedua-dua orang tuanya.

Berbaktila­h kepada ibu bapa sejak diri mampu hidup berdikari dan ketika mereka masih sihat. Antara perkara yang perlu sentiasa dititikber­atkan ialah soal komunikasi.

Walaupun dihambat dengan tugasan dan kerjaya masing-masing, berusahala­h menghubung­i mereka selalu bagi bertanya khabar serta berkongsi berita gembira. Melalui cara itu, ibu bapa dapat merasai kedudukan mereka begitu istimewa di sisi anak-anak.

Kadang-kadang, anak lebih selesa berkongsi kegembiraa­n dengan rakan sedangkan ibu bapa adalah orang yang sepatutnya wajar mendapat perkhabara­n gembira itu.

Jika berpeluang pulang ke kampung, jangan malu memeluk ibu bapa. Peluk dan ciumlah mereka sebagai tanda dalamnya cinta dan kasih sayang kita terhadap mereka.

Bukan setiap masa mereka harapkan, cukuplah seketika tapi berkala ketika bersama mereka di kampung. Doakan selalu supaya ibu bapa sentiasa dikurniaka­n kesihatan dan kesejahter­aan hidup.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaiman­a mereka telah mencurahka­n kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Isra’, ayat 24)

Selain itu, perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah mendidik anak menghormat­i dan menyayangi datuk dan nenek mereka. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Tidaklah

„ Berbaktila­h kepada ibu bapa untuk mendapat keredaan Ilahi

seorang pemuda menjaga seseorang yang sudah tua melainkan Allah menetapkan seorang pemuda yang akan menjaganya ketika (dia) tua kelak.” (Hadis riwayat atTirmidzi)

Jika hari ini kita berbakti kepada kedua-dua orang tua, pasti kita juga akan mendapat penjagaan yang sama oleh anak sendiri pada kemudian hari.

Justeru, rebutlah peluang berbakti kepada kedua-dua orang tua kerana peluang hanya datang sekali. Apabila ia berlalu, peluang itu pasti tidak akan berulang kembali.

Usah malu memiliki orang tua yang sedang uzur kerana pada merekalah letaknya peluang mendapat syurga dengan segala kenikmatan­nya.

Penulis pensyarah Universiti Sultan

Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

- 411)

Bagi mereka yang membaca al-Fatihah sehingga habis adalah bagi makmum yang sifatnya Muafiq.

Adapun jika sembahyang seorang diri, dia juga wajib membaca al-Fatihah. Inilah mazhab Imam al-Syafie Rahimahull­ah.

Sekali lagi kami tegaskan bahawa al-Fatihah adalah wajib bagi imam, makmum (kecuali makmum masbuk) dan juga sembahyang seorang diri.

Sumber: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

 ??  ?? BERBUAT baiklah kepada ibu bapa sebelum mereka meninggal dunia.
BERBUAT baiklah kepada ibu bapa sebelum mereka meninggal dunia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia