Harian Metro

Tinggal motor saja

- Nurul Amanina Suhaini cnews@nstp.com.my

„ Warga emas dikhuatiri lemas dipercayai tergelinci­r dalam sungai

Seorang warga emas lelaki dikhuatiri lemas dipercayai tergelinci­r ke dalam Sungai Kota Tinggi di Kampung Tembior, di sini, tengah hari semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Azman Jantan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.53 tengah hari dan sebuah jentera membabitka­n enam anggota serta satu bot dikejarkan ke lokasi.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Yong Sing, 83, dikatakan ke lokasi dengan menunggang motosikal seorang diri untuk bersiar-siar sebelum hilang.

Menurutnya, pasukan bomba dan penyelamat yang tiba di lokasi kemudianny­a mendapatka­n bantuan sebelum seramai 10 anggota, Jentera Perkhidmat­an Perubatan Kecemasan (EMRS) dan Van Ultiliti dikejarkan ke lokasi.

“Mangsa dikhuatiri lemas di Sungai Kota Tinggi di sini, ketika bersiar-siar dengan menunggang motosikal.

“Apabila diperiksa di lokasi kejadian, kami hanya menemui motosikal mangsa yang ditinggalk­an bersama topi keledarnya.

“Pihak bomba masih berusaha mencari mangsa di lokasi dan kawasan carian diperluas sejauh tiga kilometer radius dari kawasan motosikaln­ya ditinggalk­an,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanap­un katanya, tiada maklumat diperoleh berkaitan waktu mangsa keluar dari rumah.

“Anak mangsa memberitah­u, motosikal mangsa tiada di rumah sejak 4 pagi tadi (semalam) sebelum dia membuat laporan polis untuk mengesanny­a.

“Operasi masih diteruskan dan setakat ini belum ada sebarang perkembang­an,” katanya.

 ??  ?? OPERASI mencari dan menyelamat warga tua yang dikhuatiri lemas di Sungai Kota Tinggi, Kampung Tembior, tengah hari semalam.
OPERASI mencari dan menyelamat warga tua yang dikhuatiri lemas di Sungai Kota Tinggi, Kampung Tembior, tengah hari semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia