Harian Metro

Tamat dominasi lelaki

- Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

„ Siaw Ting wanita pertama diangkat Ketua Pemuda MCA

Bekas Naib Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting dipilih selaku wanita pertama diangkat menerajui jawatan Ketua Pemuda MCA di sini, kelmarin.

Pemilihann­ya itu, sekali gus menamatkan dominasi lelaki menerajui jawatan tertinggi sayap parti berkenaan.

Sebelum ini, jawatan berkenaan disandang bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon.

Siaw Ting memperoleh 136 undi, sekali gus menewaskan pencabarny­a Ng Kian Nam dalam Pemilihan Jawatankua­sa Pusat Pemuda bagi 2018 hingga 2021.

Kian Nam yang juga Ketua Biro Politik Pemuda MCA hanya meraih 82 undi.

Ketika ditemui media di Wisma MCA, Siaw Ting berkata, beliau bersyukur atas sokongan diberikan dan berjanji akan bekerja keras demi parti.

‘Tumpuan utama selepas ini adalah mengembali­kan keyakinan rakyat terhadap MCA.

“Kami akan bersama turun padang, dekati komuniti dalam usaha mendapatka­n maklumat selain mendengar keluhan dan pendapat mereka,” katanya.

Ditanya sama ada jawatankua­sa baru akan mengadakan pertemuan dengan sayap Pemuda Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat, Siaw Ting berkata, perkara itu diputuskan kemudian.

Bagi pemilihan Timbalan Ketua Pemuda parti itu pula, Tan Chee Hiong yang sebelum ini menyandang jawatan Naib Ketua Pemuda berjaya mengetepik­an Kang Choo Nge.

 ??  ?? SIAW Ting
SIAW Ting

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia