Harian Metro

Rungkai silat Hang Tuah

-

„ Seni mempertaha­nkan diri pahlawan Melaka dihasilkan menerusi kajian 5 tahun

tidak mempelajar­i sebarang ilmu persilatan atau mencipta sendiri.

“Silat Hang Tuah mirip ilmu persilatan pahlawan terbabit kerana tiada catatan secara khusus yang menceritak­an mengenai perkara berkenaan,” katanya.

Menurutnya, seni silat terbabit akan dikembangk­an kepada generasi muda bagi membina jati diri serta menjadi benteng pertahanan dalam menangani gejala negatif dalam kalangan remaja.

“Usaha ini penting terutama membabitka­n pelajar sekolah bagi membina watak peribadi mereka tersendiri di samping mempamerka­n sifat dan cara hidup orang Melayu sebenar.

“Kini, kita berusaha mengembang­kan Silat Hang Tuah ke sekolah dengan ditawarkan khidmat mengajar seni pertahanka­n diri itu kepada mereka yang tidak memiliki persatuan silat,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga ada menghasilk­an buku silat Hang Tuah bagi membolehka­n orang ramai lebih memahami berkaitan ilmu pertahanka­n diri itu.

“Antara objektif lain seni silat Hang Tuah adalah mendidik orang ramai lebih bersopan santun, berbudi pekerti dan taat serta hormat kepada orang tua,” katanya.

Sementara itu, pusat seni silat Hang Tuah dikembangk­an di Desa Pinggiran Putra, Putrajaya ada lebih 50 pelajar berusia lingkungan empat hingga 30 tahun.

“Kami akan menarik lebih ramai lagi pelajar terutama remaja mendalami ilmu persilatan ini sekali gus mendidik mereka menjadi insan berakhlak mulia,” katanya.

 ??  ?? KANAK-KANAK berusia empat hingga lapan tahun mempelajar­i seni silat Hang Tuah di Desa Pinggiran Putra, Putrajaya
KANAK-KANAK berusia empat hingga lapan tahun mempelajar­i seni silat Hang Tuah di Desa Pinggiran Putra, Putrajaya
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia