Harian Metro

Perabot berkualiti guna tunggul kayu

-

Kulim: Kayu buruk atau tunggul kayu bagi sesetengah orang tidak berharga dan dibiarkan mereput begitu saja tanpa dipedulika­n.

Namun, bagi seseorang yang kreatif atau mempunyai pandangan seni serta rajin berusaha, tunggul kayu boleh dijadikan sumber pendapatan yang boleh mencecah ribuan ringgit.

Ibrahim Senawi, 63, dari Kampung Batu 22, Jalan Lombong, Selama, Kedah berkata, tunggul kayu menjadi punca pendapatan sejak lebih 20 tahun lalu dengan sedikit sentuhan kreatif barangan yang pada mulanya tidak bernilai ditukarnya kepada barangan perabot hiasan bermutu.

Dengan bakat seninya, dia mengusahak­an perniagaan membuat perabot daripada kayu buruk dan tunggul kayu seperti kerusi rehat, meja serta beberapa barangan lain yang kini hasil kerja seninya di eksport sehingga ke China.

Ibrahim yang pernah meraih Anugerah Pereka Muda Malaysia bagi kategori Seni Kayu anjuran Kementeria­n Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dengan kerjasama Majlis Reka bentuk Malaysia pada 1997 memulakan hasil kerja seninya secara suka-suka serta hobi.

“Dengan modal kecil saya mula mencari tunggul kayu di kawasan hutan kelapa sawit sekitar negeri Kedah, Perak dan kini di Pahang berikutan permintaan tinggi serta kesukaran mendapat tunggul dari kayu berkualiti.

“Sejak beberapa tahun lalu hasil kerja seni ini mendapat permintaan dari China dan beberapa bulan sekali pengedar dari negara itu datang ke bengkel memilih produk tunggul kayu,” katanya.

Menurutnya, kerja mengambil tunggul kayu serta akar itu perlu menggunaka­n tenaga manusia serta mesin jentera berat dalam proses mengambil tunggul kayu ini.

Katanya, penggunaan mesin jentera berat perlu kerana kebanyakan tunggul kayu ini mempunyai ukur lilit yang besar di samping akar panjang dan berat.

“Kayu yang dikorek dibawa ke bengkel dan dibasuh serta dijemur beberapa hari sebelum dipotong dan kerja pemotongan perlu kreatif kerana sekiranya tersilap potong bentuk yang terhasil tidak menarik,” katanya.

Katanya, harga setiap perabot yang dijual bernilai antara RM1,000 sehingga RM40,000.

 ??  ?? IBRAHIM mengusahak­an produk daripada tunggul kayu sejak 20 tahun lalu.
IBRAHIM mengusahak­an produk daripada tunggul kayu sejak 20 tahun lalu.
 ??  ??
 ??  ?? PRODUK yang sudah siap ditempah sebelum dihantar kepada pembeli.
PRODUK yang sudah siap ditempah sebelum dihantar kepada pembeli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia